Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri

Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri

Peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.

Menjelaskan tindakan itu, Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri

“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau sebelum ini dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di rumah keluarga mereka di Puncak Alam, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba mengesahkan dia sudah melantik peguam baharu untuk mewakili ibu bapa kanak-kanak itu.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pasangan itu pada oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPK Selangor pada 10.05 pagi hari berkenaan.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Baca Juga:
Budak jersi no 4 lakukan tendangan kung fu ala Cantona dilayangkan kad kuning aksi bola sepak Bawah 8 Tahun
Lelaki gagal SPM bangga bergaji RM3,500, sekali pakcik ini bagi ‘respon pedas’ buat netizen tergelak besar
Suri rumah tanam padi dalam pasu ‘menjadi’, beli benih RM1 online
CATEGORIES