Pegawai polis tular Inspektor Sheila bebas satu pertuduhan hina lelaki

Photo of author

By Syima Iza

Pegawai polis tular Inspektor Sheila bebas satu pertuduhan hina lelaki.

Inspektor Sheila Sharon Steven Kumar, seorang pegawai polis, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada pertuduhan menghina kesopanan seorang lelaki tahun lalu.

Perkara ini dimaklumkan oleh peguam M. Manoharan ketika dihubungi selepas prosiding hari pertama perbicaraan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Pegawai polis tular Inspektor Sheila bebas satu pertuduhan hina lelaki

Menurut peguam itu, anak guamnya dilepas dan dibebaskan setelah mangsa dalam pertuduhan tersebut menyatakan tidak berhasrat untuk meneruskan kes terhadap Sheila Sharon.

“Perbicaraan kes sepatutnya bermula hari ini, namun mangsa tidak mahu meneruskan prosiding. Majistret kemudiannya membebaskan anak guam saya dan dia sangat gembira dengan keputusan tersebut,” katanya.

Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Azmal.

Pada 26 Jun tahun lalu, Sheila Sharon, 36, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan menghina kesopanan P. Taneswaran, 41, dengan berkata, “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu.”

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Sri Gombak di sini, pada pukul 1 petang, 15 Jun 2023.

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Walaupun dilepas dan dibebaskan, Inspektor Sheila masih berdepan dua lagi kes. Kes pertama melibatkan tuduhan mengugut seorang wanita berusia 70 tahun dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa, yang didakwa berlaku pada pukul 12 tengah hari, pada tarikh dan lokasi yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Sheila didakwa menyebut pangkat polis dengan cara yang tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan niat untuk mengaibkan kehormatannya. Pertuduhan ini berlaku di lokasi yang sama pada pukul 1.25 petang, 15 Jun tahun lepas, dan dia dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Pernah buat khidmat seks dan tidur lebih 10 lelaki, wanita ini mahu bertaubat tapi takut kisah lama didedah kepada bakal suami
‘Kalau menang, saya nak beli kaki palsu untuk mak’
Warganet terkejut lihat wajah sebenar Alan Walker ketika makan di kedai Uncle Roger