Pegawai penjara Thailand dedah keadaan terkini 6 tahanan dari Malaysia

Photo of author

By Syima Iza

Pegawai penjara Thailand dedah keadaan terkini 6 tahanan dari Malaysia.

Dilaporkan bahawa 6 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Narathiwat menerima layanan yang adil tanpa mengira kewarganegaraan mereka.

Perkara ini disahkan oleh jurucakap Penjara Wilayah Narathiwat yang memberitahu bahawa situasi melibatkan 6 tahanan dari Malaysia berjalan dengan baik.

Pegawai penjara Thailand dedah keadaan terkini 6 tahanan dari Malaysia

Untuk pengetahuan umum, kesemua tahanan yang beragama Islam dibenarkan untuk solat dan diberi makanan halal yang disediakan oleh tukang masak beragama Islam sebanyak tiga kali sehari.

Banduan Islam juga dibenarkan menutup aurat. Bagi banduan wanita Islam, mereka dibenarkan memakai tudung dan berbaju lengan panjang.

Mereka kini ditempatkan di sel tahanan sementara dan dipisahkan antara lelaki dan perempuan kerana kes mereka masih dalam peringkat siasatan lanjut.

Keluarga juga dibenarkan melawat mereka, dengan kunjungan dibenarkan sekali seminggu.

Pihak penjara menafikan dakwaan bahawa tahanan menerima layanan buruk atau dilayan dengan kejam. Penjara ini baru beroperasi selama 4 tahun dan kemudahannya masih baik berbanding penjara lama di tengah bandar Narathiwat.

Baca Juga:
Lagi kes buli, penuntut tahun satu UPNM retak tulang dipijak senior
Hotel ‘ayam jantan’ gergasi, hanya RM338 penginapan satu malam
Muhyiddin malu besar kena bayar RM1.3 juta kepada Guan Eng isu fitnah cukai Yayasan Albukhary