“Pay slip dia negatif” – Wanita terpaksa tolak lamaran askar demi masa depan

Photo of author

By Syima Iza

“Pay slip dia negatif” – Wanita terpaksa tolak lamaran askar demi masa depan.

Setiap  wanita pasti mempunyai kriteria tertentu ketika mencari pasangan untuk dijadikan teman hidup.

Salah satu kriteria ‘wajib’ ialah bakal suami mempunyai pekerjaan yang stabil dan pengurusan kewangan yang baik kerana kaum lelaki akan menjadi ketua keluarga kelak.

"Pay slip dia negatif" - Wanita terpaksa tolak lamaran askar demi masa depan
Gambar hiasan

Dalam satu perkongsian di laman sosial, seorang wanita tampil membuat pengakuan mengenai keputusannya menolak lamaran seorang askar kerana faktor kewangan.

“Salah ke saya menolak lamaran lelaki yang bekerja sebagai askar? Saya menolak kerana komitmennya terlalu tinggi.

“Slip gaji dia negatif. Saya tahu pun sebab saya tengok slip gaji yang tinggal lebih kurang RM700 sahaja. Itu pun belum tolak hutang Aeon motor dia,” kongsinya dalam hantaran tersebut.

Tanpa mendedahkan pangkat serta gaji yang diterima lelaki tersebut, wanita itu berkata dia memilih untuk mengundur diri kerana tidak mahu mengambil risiko.

Lebih-lebih lagi katanya, lelaki tersebut kerap meminjam wang daripadanya kerana kehabisan gaji, yang menambahkan keyakinannya untuk berpisah.

“Saya bukan memilih, tapi saya tak mahu selepas berkahwin, saya terpaksa tanggung komitmennya. Kalau nak sama-sama berkongsi boleh, tetapi saya takut lepas kahwin lain pula jadinya.

"Pay slip dia negatif" - Wanita terpaksa tolak lamaran askar demi masa depan

“Saya bekerja di badan berkanun. Gaji saya tak besar, lebih kurang saja, tapi saya tidak ada banyak penolakan dan slip gaji saya tidak negatif.

“Yang paling buat saya ragu, setiap minggu dia minta pinjam duit untuk beli makanan,” luahnya.

Orang ramai mungkin fikir perempuan ini kejam. Tapi sebenarnya kita berfikir jauh ke hadapan.

NETIZEN

Luahan wanita tersebut menarik perhatian ramai netizen yang membanjiri perkongsiannya dengan komen.

Namun, rata-ratanya menyokong dan bersetuju dengan tindakan yang diambil, malah menyifatkannya sebagai wanita yang bijak dalam membuat pilihan.

“Saya dulu kerja bahagian pinjaman peribadi. Kebanyakan askar memang gaji negatif, ada yang tinggal RM400 saja.

“Orang fikir perempuan ini kejam. Tapi sebenarnya kita berfikir untuk masa depan. Nanti kalau ada anak, takkan anak nak makan pasir sebab duit habis bayar komitmen?

“Keputusan yang tepat. Tak salah, pilihan di tangan awak, dan setiap orang berhak menentukan pasangan hidup.

“Biar gaji kecil, tapi jangan banyak buat hutang,” demikian antara komen netizen.

Baca Juga:
Bapa jadi ‘pengawal keselamatan’ pasang CCTV atas kepala anak perempuan
‘Keluarga Tiong’ pemilik tanah persendirian ke-2 terbesar di New Zealand rupanya dari Sarawak
“Niat dan matlamat tidak menghalalkan cara” – Mufti Pulau Pinang tegur wanita buat POV suami isteri dengan anak