“Patutlah murah rezeki selalu”, Rupannya ini amalan Khairul Aming utamakan.
Meskipun mempunyai pengaruh besar di media sosial, usahawan dan pempengaruh terkenal Khairul Aming tetap menekankan kepentingan mencari rezeki yang halal dan tidak menipu pelanggan demi keberkatan dalam pekerjaan.
Rezeki Halal
Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, seorang individu meminta nasihat perniagaan daripada Khairul Aming. Jawapan yang diberikan oleh usahawan berusia 32 tahun itu sangat menginspirasikan:
“Ramai orang hantar makanan untuk saya ulas, tetapi ada yang saya tak ulas sebab memang tak sedap. Ia melibatkan duit orang.”
Khairul Aming turut berkongsi pandangannya tentang kepentingan menjaga keberkatan dalam usaha mencari rezeki:
@hasyahassannow aku tahu apa penyebab dia berjaya,sebab dia jaga keberkatan dalam PERNIAGAAN nya.Semoga kita para peniaga dapat jaga benda ni. Jangan aniaya orang bila kita berniaga.Kalau tak ok,Tayah review.Kesian pada yang membeli nanti.
“Kadang-kadang kita lupa tentang keberkatan usaha kita. Semua orang sibuk berdoa, memang itu bagus, tetapi kalau cara usaha kita tak ada keberkatan, doa sahaja tak cukup.
Sebagai contoh, kita amalkan doa nak jualan berjuta-juta, tetapi dalam berniaga kita tipu orang, menzalimi staf, tak bayar hutang, curi hak orang, atau khianat—semua itu menghilangkan keberkatan.”*
Jaga Keberkatan
Khairul Aming juga menjelaskan bahawa beliau sangat berhati-hati dalam memilih produk untuk dipromosikan, terutamanya makanan. Baginya, adalah penting untuk tidak menipu pembeli dengan mengiklankan produk yang tidak berkualiti.
“Saya akan memilih produk, dan ramai juga yang saya tolak sebab memang tak sedap. Saya perlu jujur.”
Beliau turut berkongsi rahsia di sebalik kejayaannya yang sering dipersoalkan ramai:
“Orang kata, ‘Murahnya rezeki Khairul Aming, apa amalannya?’ Bagi saya, sebenarnya tidaklah terlalu rumit. Yang penting, jangan terlepas pandang perkara yang asas, iaitu menjaga keberkatan dalam mencari rezeki.”
Khairul Aming membuktikan bahawa kejayaan bukan sahaja bergantung kepada usaha dan doa tetapi juga kejujuran serta integriti dalam pekerjaan.