“Patut lama tak nampak”- Pelawak legend Malaysia dipenjara 6 bulan di Arab Saudi.
Seorang pelawak terkenal yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober lalu atas kesalahan dadah kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara tersebut.
Hukuman itu dijatuhkan pada November lalu semasa perbicaraan di mahkamah.
Menurut sumber, pelawak tersebut berkemungkinan dibebaskan lebih awal sekiranya menunjukkan kelakuan baik sepanjang tempoh hukuman.
“Berdasarkan keputusan mahkamah, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara pada April ini,” ujar sumber tersebut hari ini.
Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh telah mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah atas dakwaan memiliki dadah jenis ganja.
Namun, identiti individu tersebut tidak didedahkan kepada umum.
Sejak penahanannya, Kedutaan Besar Malaysia bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah telah memberikan bantuan konsular kepada pelawak berkenaan.