Patung mirip makhluk asing berusia 7,000 tahun ditemui di Kuwait

Photo of author

By Syima Iza

Patung mirip makhluk asing berusia 7,000 tahun ditemui di Kuwait.

Ahli-ahli arkeologi telah menemui patung muka berusia 7,000 tahun di Kuwait yang mempunyai persamaan luar biasa dengan wajah makhluk asing seperti yang digambarkan sebelum ini, lapor portal berita Daily Star semalam.

Patung itu ditemukan di kawasan yang dikenali sebagai Bahra 1 oleh pasukan penyelidik dari Kuwait dan Poland.

Patung mirip makhluk asing berusia 7,000 tahun ditemui di Kuwait

Mereka menggali salah satu penempatan tertua di Semenanjung Arab yang didiami dari sekitar 5,500 hingga 4,900 tahun Sebelum Masihi.

Patung muka yang diperbuat daripada tanah liat itu digambarkan oleh pasukan penyelidik sebagai kepala kecil yang dibuat dengan halus, memiliki mata sepet, hidung rata, dan tengkorak memanjang.

Penemuan ini adalah yang pertama seumpamanya ditemui di rantau Teluk.

Profesor Piotr Bieli dari Pusat Arkeologi Mediterranean Universiti Warsaw, Poland mengulas, “Kehadiran patung ini menimbulkan persoalan menarik dan bermakna ia mungkin mempunyai kaitan dengan masyarakat yang mendiami penempatan ini.”

Baca Lagi:
Fenomena misteri membingungkan para saintis tentang Piramid
Ramai yang tak tahu, ini senarai 4 kes tumbuhan membesar dalam badan manusia
Minah Saleh dari Rusia ini kongsi 5 benda “Wajib” bawa pulang ke kampung halaman jika melancong ke Malaysia