Pasangan terpendek di dunia berkahwin

Pasangan terpendek di dunia berkahwin

Pasangan berasal dari Brazil yang dinobatkan sebagai individu terpendek di dunia oleh Guinness World Record (GWR) berjaya melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini.

Kisah pasangan suami isteri, Paulo Gabriel da Silva Barros dan Katyucia Lie Hoshino telah tular di media sosial, di mana netizen memuji mereka kerana menerima kekurangan fizikal masing-masing.

Mengimbas detik perkenalan mereka, Barros dan Hoshino bertemu pada tahun 2006 dan selepas 15 tahun berpasangan, mereka akhirnya berjaya melangsungkan perkahwinan dengan penuh gilang-gemilang.

Pasangan terpendek di dunia berkahwin

Perkahwinan Barros dan Hoshino, yang masing-masing berumur 31 dan 28 tahun, diumumkan secara rasmi oleh GWR dalam akaun Instagram mereka dan mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

Barros berkata, mereka mungkin pendek tetapi mempunyai ‘hati besar’ dan mencintai sepenuhnya antara satu sama lain.

Menurut GWR, ketinggian Barros adalah 90.28 sentimeter (cm) manakala Hoshino ialah 91.13 cm.

Selepas kisah mereka tular, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan kebahagiaan mereka sehingga akhir hayat.

Baca Juga:
27 influencer ditahan polis bersekongkol dengan sindiket perjudian promosi judi online
Sepanduk ‘No Partner Only Malaysia’ penyokong Harimau Malaya sindir siapa?
Jangan salah pilih, ini 6 jenis susu tin yang dijual di kedai
CATEGORIES