Pasangan tayang aksi manja dalam kereta dikecam netizen, ramai ‘tag’ PDRM

Pasangan tayang aksi manja dalam kereta dikecam netizen, ramai ‘tag’ PDRM

Pasangan tayang aksi manja dalam kereta dikecam netizen, ramai ‘tag’ PDRM.

Tindakan satu pasangan memandu sambil berpelukan mengundang amarah orang ramai setelah video mereka tular di aplikasi X, hari ini.

Video berdurasi 32 saat yang dimuat naik itu memaparkan aksi manja satu pasangan yang kononnya ingin menunjukkan kebahagiaan dan kemesraan masing-masing sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, warganet berpendapat, tindakan tidak bertanggungjawab pasangan tersebut boleh membawa bahaya terhadap pengguna jalan raya yang lain.

Pasangan tayang aksi manja dalam kereta dikecam netizen, ramai 'tag' PDRM

Meninjau ke ruangan komen, pengguna di aplikasi X tidak melepaskan peluang untuk ‘tag’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ruangan komen supaya tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap pasangan tersebut.

“Ini menyalahi undang-undang! PDRM tolong ambil tindakan,” kata Edmund.

“Macam mana boleh duduk dengan selesa tu?,” kata Adam.

“Walaupun sudah berkahwin, benda-benda macam ini kita tidak boleh tunjuk dekat orang awam. Itu pentingnya belajar ilmu agama,” kata Arman.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 596 tanda suka dan 209,000 tontonan.

Baca Lagi:
‘Saya bukan Mr H, salah orang ini’ – Ustaz Hakim nafi dakwaan Raja Petra
Selepas namanya dikaitkan dalam sidang media Agus, Wahab, ini reaksi Chegu Bard
Nyaris terhempas! Juruterbang berhalusinasi selepas makan ‘cendawan ajaib’ matikan enjin pesawat
CATEGORIES