Pasangan pengantin nyaris kena langgar keretapi di Gullemard Bridge, Tanah Merah

Photo of author

By Syima Iza

Pasangan pengantin nyaris kena langgar keretapi di Gullemard Bridge, Tanah Merah.

Gara-gara ingin mengambil gambar, sepasang pengantin sanggup merisikokan nyawa sehingga hampir dilanggar kereta api di sebuah jambatan di Tanah Merah, Kelantan baru-baru ini.

Menerusi video tular yang dimuat naik oleh @yahobravo di TikTok, pasangan tersebut berada di tengah jambatan sambil gambar dan momen mereka dirakam oleh beberapa fotografer.

Pasangan pengantin nyaris kena langgar keretapi di Gullemard Bridge, Tanah Merah

Kemudian, kelihatan dari jauh kereta api tersebut menuju ke arah pengantin baru berkenaan sambil membunyikan hon bagi memberi amaran bahaya.

Bagaimanapun, kerana pergerakan kedua-dua suami isteri tersebut yang agak perlahan, kereta api itu terpaksa memberhentikan jenteranya bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jambatan Kereta Api Guillemard di mana lokasi tersebut menjadi tumpuan penggemar fotografi kerana keunikan rekaan jambatan berkenaan yang tersendiri.

Situasi itu telah menimbulkan rasa marah dalam kalangan pengguna media sosial kerana dianggap membahayakan diri serta telah menyusahkan pengendali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Rata-rata mereka berharap pihak berkuasa memagar kawasan berkenaan agar tidak diceroboh oleh orang ramai.

“Harap pihak berkuasa ambil tindakan terhadap mereka. Ini dah kira menceroboh dah ni,” komen Kamarul.

“Baru buat kenduri kahwin, jangan nak buat tahlil pula,” komen Joe.

“Perlu ke nak sampai ke tengah-tengah landasan tu. Kat depan-depan tu kan dah cukup. Nasib baik tak bersemadi kat batu dua. Ingatlah nyawa tu,” komen Ecah.

“Dah nampak kereta api laju, boleh lagi terhegeh-hegeh nak jalan. Dahlah lambat, sampai kereta api tu pula kena berhenti untuk dia,” komen Auni.

Baca Juga:
Pemain bola sepak bergaduh bawa ‘kerambit’ dalam padang diburu
Suami dalam penjara, isteri main kayu tiga sampai lahirkan anak
Modal hanya RM2, suri rumah menang Jackpot RM41.45 juta