Pasangan kekasih didenda RM454 kerana tunggang motosikal sambil berpelukan di jalanraya

Photo of author

By Syima Iza

Pasangan kekasih didenda RM454 kerana tunggang motosikal sambil berpelukan di jalanraya.

Sepasang kekasih di negeri Uttar Pradesh, India disaman selepas menunggang motosikal sambil berpelukan di jalan raya, lapor portal berita India Today kelmarin.

Rakaman kejadian memaparkan seorang wanita duduk menghadap pasangannya dan memeluk lelaki itu ketika motosikal itu meluncur di jalan raya.

Pasangan itu juga melanggar peraturan keselamatan jalan raya kerana tidak memakai topi keledar. Video itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menggesa polis mengambil tindakan.

Pasangan kekasih didenda RM454 kerana tunggang motosikal sambil berpelukan di jalanraya

Kejadian berlaku di Lebuhraya Kebangsaan 9 di bawah bidang kuasa balai polis Simbhaoli, baru-baru ini.

Sebagai tindak balas kepada video itu, polis mengenakan denda tinggi ke atas mereka.

Penunggang motosikal itu didenda 8,000 rupee (RM454) di bawah Akta Kenderaan Bermotor, manakala prosiding undang-undang dimulakan terhadap kes tersebut.

Baca Lagi:
SPRM serbu lima kilang seleweng subsidi, simpan beras di Kedah
Penumpang keretapi dakwa berjaya rakam kelibat ‘Bigfoot’ di kawasan pergunungan
Jasad pasangan kekasih terbiar kaku diatas jambatan selama 8 hari – Kisah cinta yang tragis, gadis Islam Bosnia dan lelaki Serbia