Pasangan daredevil dari Rusia berjaya tawan Menara Merdeka 118 kongsi gambar dan video

Pasangan daredevil dari Rusia berjaya tawan Menara Merdeka 118 kongsi gambar dan video

Pasangan daredevil dari Rusia berjaya tawan Menara Merdeka 118 kongsi gambar dan video. Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur merupakan bangunan idaman buat salah seorang daripada pasangan Russia, Ivan Beerkus, yang menceroboh dan memanjat puncak pencakar langit berkenaan.

Semalam, Ivan memuat naik video dirinya berada di puncak menara tersebut bersama wanita dikenali sebagai Angela Nikolau, yang telah mengundang pelbagai reaksi negatif khususnya daripada rakyat Malaysia.

“Puncak Merdeka 118 bersamaan 679 meter atau 2,227 kaki. Ia adalah bangunan kedua tertinggi di dunia!

Pasangan daredevil dari Rusia berjaya tawan Menara Merdeka 118 kongsi gambar dan video

“Saya tidak dapat menggambarkan emosi saya. Bangunan tercantik yang pernah saya kunjungi,” katanya dalam kapsyen.

Kelmarin, Ivan memuat naik gambar di hadapan menara tersebut sambil meluahkan rasa teruja melihat bangunan itu yang menjadi idamannya.

“Saya mendengar pelbagai cerita berkenaan cubaan memanjat menara ini tanpa kebenaran. Yang paling sedih sehingga dipenjara beberapa bulan.

“Ada banyak pintu tertutup dan CCTV di dalam menara berkenaan. Perkara itu membuatkan ia menara yang paling diidamkan di seluruh dunia,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan aksi pasangan warga Russia itu menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit itu, menerima kecaman orang ramai.

Semalam, beberapa portal media turut melaporkan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pasangan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman dipetik berkata, pihaknya akan memanggil pasangan berkenaan untuk dirakam keterangan.

Baca Lagi:
Menara KL dijual secara senyap-senyap oleh kerajaan dahulu?
Kecoh pasangan Russia panjat dan bergambar di puncak Menara Merdeka 118
Ramai tak tahu, mak ayah anak OKU boleh mohon roadtax PERCUMA!
CATEGORIES