Pasang impian nak beli bangunan pencakar langit TRX, Andika Putera tak kisah dikatakan gila

Photo of author

By Syima Iza

Pasang impian nak beli bangunan pencakar langit TRX, Andika Putera tak kisah dikatakan gila.

Selepas kontroversi rumah tangganya reda, pempengaruh Andika Putera sekali lagi menjadi tumpuan apabila menyatakan hasrat untuk membeli bangunan pencakar langit Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur.

Menerusi sebuah podcast oleh YouCast di YouTube, Andika, yang juga dikenali sebagai usahawan muda, memberitahu pengikutnya bahawa impian itu bukan sekadar angan-angan tetapi merupakan suatu perancangan yang sedang diusahakan.

Pasang impian nak beli bangunan pencakar langit TRX, Andika Putera tak kisah dikatakan gila

“Ini memang impian saya untuk membeli bangunan TRX. Saya akan beli. Insya-Allah. Orang kata saya gila, pergi mampuslah. Tiada masalah untuk mempunyai impian gila,” tegasnya.

Tambahnya, pada usia 22 tahun, dia sudah mengajar mereka yang berusia 40 tahun ke atas tentang cara menjalankan perniagaan.

“Tiada siapa percaya saya ketika itu,” katanya, menekankan cabaran yang dihadapinya pada awal perjalanan dalam dunia keusahawanan.

Perkara tersebut telah meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata meragui kenyataan pempengaruh tersebut.

“Engkau lah. Bil api dengan sewa rumah pun bahagi dua dengan bekas isteri, lagi nak beli bangunan TRX. Tidak mengapa, angan-angan itu percuma,” tulis Naaisyah.

“Bangunan TRX ke unit dalam TRX? Dika, kau nak berangan biar realistik sikit,” kata Chuya.

“Sampai terkedu pengacara dia bila Dika cakap nak beli bangunan TRX,” komen Tulip.

“Dia ingat ni jutaria kot,” ujar Purpleone.

@youcastclips♬ original sound – youcastclips

Baca Lagi:
Bapa teman anak berjalan kaki 6km ke sekolah dapat hadiah motosikal baru dari pempengaruh terkenal
Ini 10 tanda kawan korang seorang yang takut bini
Wanita terkejut baru 3 hari kerja, bos ajak kahwin siap beri 3 buah rumah dan tanah