PAS ibarat ‘gila talak’ kata Zahid

PAS ibarat ‘gila talak’ kata Zahid

PAS ibarat ‘gila talak’ kata Zahid.

Pas disifatkan sebagai ‘gila talak’ apabila menyuarakan hasrat untuk kembali bekerjasama dengan Umno menerusi platform Perikatan Nasional (PN).

Justeru, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menggesa Pas berhenti bermimpi di siang hari, selain menasihati parti Islam itu berdoa supaya berhenti ‘menipu’ Umno sekali lagi.

PAS ibarat 'gila talak' kata Zahid

“Setakat ini tiada khabar angin sampai kepada Umno, mungkin ada pihak sudah kegilaan talak sebab mereka pernah ada dalam kerajaan dahulu.

“Alangkah sakitnya apabila ada jumlah kerusi yang banyak tetapi berada di pihak pembangkang.

“Jadi saya berharap mereka terus berdoa untuk tidak melakukan ‘kekencingan’ (menipu) sekali lagi kepada Umno, menyebabkan Umno tidak langsung membuka jalan itu (jalin kerjasama semula) setakat ini.

“Setakat ini Allah tak buka lagi hati untuk melakukan kerjasama dengan mereka. Kami minta mimpi siang mereka itu dapat dinoktahkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang tidak menolak kemungkinan bekerjasama semula dengan Umno di sebalik sejarah ‘pahit’ kedua-dua parti itu, sebelum ini.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dipetik berkata, sebarang kerjasama dengan Umno perlu melalui platform PN yang turut dianggotai Bersatu, selain menjelaskan Pas tidak pernah mengetepikan agenda penyatuan ummah.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berharap Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil, dapat menghadiri Mesyuarat MKT yang dijadual diadakan di Bangunan Umno, di Kuala Lumpur, malam ini.

“Kalau (Isham) ada pendapat yang lain beliau boleh suarakan (pada Mesyuarat MKT). Setakat ini beliau sudah tiga kali tidak datang mesyuarat MKT.

“Mudah-mudahan beliau mempunyai keberanian untuk datang malam ini bagi menyuarakan pendapat yang beliau sanggah sendiri apabila kita mahu jalin kerjasama dengan PH (Pakatan Harapan) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Baca Lagi:
Anak 5 tahun lihat ibu maut dibaham jerung hingga putus kaki
‘Tiada bilik banduan VIP di Penjara Sungai Buloh’ – Dakwaan ‘Abang Mat’ terhadap Anwar berniat jahat, tidak benar
Pekerja lombong gali tanah waktu malam jumpa mayat dibaluti kain kafan macam ‘pocong’
CATEGORIES