Parking kereta tak tarik handbrake, dua penunggang motosikal rempuh kereta mengundur

Photo of author

By Syima Iza

Dua penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan gara-gara kecuaian seorang pemandu kereta yang tidak menarik brek tangan sehingga kenderaannya mengundur.

Kejadian yang tular di laman Facebook itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah pusat servis kenderaan di Balakong, dekat sini.

Menerusi klip video berdurasi 51 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna putih telah masuk ke premis tersebut dan kemudiannya dilihat mengundur dengan pintu di sebelah pemandu tidak ditutup.

Parking kereta tak tarik handbrake, dua penunggang motosikal rempuh kereta mengundur

Kenderaan itu mengundur dari kawasan parkir sehingga ke tengah jalan di hadapan pusat servis tersebut.

Ketika kereta itu mengundur, dua buah motosikal gagal mengelak lalu merempuh kenderaan yang dipercayai tiada pemandu itu.

Bagaimanapun, tidak diketahui keadaan kedua-dua penunggang tersebut sama ada cedera parah atau sebaliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyelar tindakan pemandu kereta tersebut yang tidak menarik brek tangan ketika berhenti dan parkir.

“Apa yang kelam kabut sangat, handbrake (brek tangan) tak tarik, orang lain jadi mangsa,” tulis Ismile Jaxx.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Azaharie Airi.

“Lesen beli ke macam mana, parking kereta tak tarik handbrake (brek tangan),” luahnya.

Baca Juga:
Lipas merayap dalam bekas roti di kedai kek terkemuka buat netizen geli
Harga Diesel naik dari RM2.15 terus kepada RM3.35 bermula 12 malam ini
Pesara kerajaan rugi RM44,500 selepas diugut sebar video bogel