Parah ni! Zul Ariffin kenal, Tunku Abdul Rahman dikatakan anggota RELA?

Photo of author

By Syima Iza

Segelintir masyarakat didapati masih tidak mengenali Bapa Kemerdekaan iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Menerusi video dimuat naik seorang pempengaruh di TikTok Raffisimple, beliau melakukan ‘public interview’ (temu bual awam) di sebuah pusat beli-belah dengan menunjukkan beberapa foto kepada orang ramai.

Bagaimanapun, ramai dilihat hanya mampu mengenal pasti foto pelakon popular Zul Ariffin berbanding Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Parah ni! Zul Ariffin kenal, Tunku Abdul Rahman dikatakan anggota RELA?

“Yang ini akak tak kenal. Akak rasa dia kerja Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)”, kata seorang anggota Rela.

Temu bual bersama golongan muda pula dilihat mereka dapat mengenal pasti tokoh tersebut namun gagal memberikan nama yang tepat.

“Ini Bapa Kemerdekaan, Tun Abdul Razak,” kata seorang pekerja.

“Yang ini Tun Abdul Razak, saya memang pandai,” jelas seorang wanita.

@raffisimple Pandaiii 😂🇲🇾 #publicinterview #socialexperiment #fypシ゚viral #tekateki #publicchallenge #publicreaction ♬ original sound – RAFFI KE TU

Menjengah di ruangan komen, rata-rata kecewa dengan jawapan yang diberikan dan menyifatkan pengetahuan am masih rendah dalam kalangan masyarakat.

“Itu Tunku Abdul Rahman. Parah budak-budak sekarang ini,” kata Adam.

“Kenapa semua jawab Tun Abdul Razak. Semua ini mempunyai nama dan gelaran berbeza,” ujar Sofia.

Untuk rekod, Tun Abdul Razak Hussein merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang diberi gelaran sebagai Bapa Pembangunan.

Baca Juga:
Pemilik kedai runcit cedera parah dibelasah dengan kayu, parang
Penjual dadih tiup seruling mendayu-dayu buat orang ramai hiba
YouTuber muat naik video anak terperangkap dalam kereta dikecam sebagai ‘ibu bapa gila’