Panik! Lelaki berhadapan detik cemas ikan jerung betul-betul berada di bawah sampannya. Antara negara yang sering menjadi pilihan pelancong dari serata Asean sudah tentunya Filipina. Keindahan pulau-pulaiu di sana seperti Boracay, Palawan, Bantayan dan pelbagai lagi menjadi tarikan utama di sana! Kaya dengan pelbagai keindahan flora dan fauna dan juga pantai yang indah.
Dah singgah ke pantai, tak sah kalau kita tak basahkan badan berenang di lautan yang biru! Namun, jangan dilupa terdapat pelbgai hidupan lain di laut antaranya jerung! Viral di TikTok, satu video yang cukup mendebarkan di pantai yang dipercayai di Filipina.
@mscathchaDon’t run but swim for your life. 😂♬ Murife Dont Run Challange – Babake
Berdasarkan video, seorang pemuda sedang duduk di dalam sampan dan sekitarnya terdapat beberapa orang gadis sedang snorkeling . Yang mengejutkan, tanpa disedari pemuda tersebut ada seekor jerung betul-betul berada di bawah sampannya !
Namun, spesis jerung tersebut adalah jerung paus. Salah satu spesis ikan yu yang bergerak perlahan dan merupakan haiwan yang mangamalkan diet pemakanan seperti plankton, haiwan dan tumbuhan. Jarang sekali mereka menyerang manusia.