Pangsapuri unik panjang melintang seperti ‘Barisan keretapi’ cetus pelbagai reaksi netizen

Photo of author

By Syima Iza

Pangsapuri unik panjang melintang seperti ‘Barisan keretapi’ cetus pelbagai reaksi netizen.

Baru-baru ini, sebuah projek pangsapuri yang dikenali sebagai Pangsapuri Idaman BSP di Bandar Saujana Putra menjadi tular di media sosial.

Dengan harga mampu milik bermula RM234,000 untuk unit seluas 1022 kaki persegi, projek ini kelihatan menarik pada awalnya.

Pangsapuri unik panjang melintang seperti 'Barisan keretapi' cetus pelbagai reaksi netizen

Namun, reka bentuknya yang unik – panjang melintang seperti “barisan kereta api” – telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen.

Antara keluhan utama yang timbul dalam komen adalah isu tempat letak kereta yang jauh dari unit penghuni, terutamanya bagi penghuni yang berada di hujung blok.
Ada yang bergurau, tinggal di Pangsapuri Idaman BSP boleh membuatkan seseorang “kurus dalam sebulan” kerana jarak berjalan kaki dari tempat letak kereta ke unit kediaman boleh menjadi sangat jauh.

Namun, ada juga yang mempertahankan dengan menjelaskan bahawa setiap unit disediakan dua tempat letak kereta: satu di tempat letak kereta bertingkat, dan satu lagi di luar bangunan.

Seorang pengguna Facebook turut mempersoalkan rasional di sebalik reka bentuk bangunan ini. Antara spekulasinya termasuk:

Adakah reka bentuk ini disebabkan oleh syarat tanah yang panjang tetapi sempit? Adakah ini rekaan paling menjimatkan untuk pemaju? Adakah pembeli tidak menyedari isu reka bentuk ini semasa membuat tempahan?

Persoalan-persoalan ini menimbulkan perbincangan di kalangan orang ramai, di mana ada yang menyalahkan pemaju kerana tidak mengambil kira keselesaan pembeli.

Menariknya, pangsapuri ini dijual dengan nilai pasaran sekitar RM300,000 walaupun harga asalnya hanya RM234,000.

Bagaimanapun, terdapat laporan bahawa projek ini sudah mula dilelong, walaupun ia baru sahaja siap.

Hal ini menimbulkan tanda tanya: Adakah projek ini terlalu “viral” sehingga pembeli tidak melakukan kajian terperinci sebelum membeli?

Pelbagai komen di media sosial ada yang menyokong dan menganggap harga mampu milik ini sesuai untuk keluarga muda yang baru ingin memiliki rumah.

Namun, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap isu jarak dan kemudahan.

Seorang pengguna menulis, “Parking bertingkat pun jauh. Kalau macam ni, lebih baik beli rumah landed yang dekat dengan kereta.”

Yang lain pula menyatakan, “Kalau untuk harga macam ni, berbaloi asalkan tahu cabaran sebelum pindah.”

Baca Lagi:
Ini anggaran kos jika orang Melayu mahu membuka Restoran Mamak
Mat Saleh anggap Proton Iswara kereta terbaik di dunia, pernah menang pertandingan kereta antik di UK
Rakyat Malaysia antara yang percaya wujudnya mahkluk asing