Panggil pelayan hanya tekan butang loceng, kedai mamak ‘terpaling’ estetik di Setia Alam curi perhatian ramai.
Kedai mamak biasanya dikaitkan dengan tahap kebersihan yang kurang memuaskan serta dekorasi yang agak ringkas.
Namun, sebuah kedai mamak premium di Setia Alam telah menarik perhatian ramai apabila reka bentuk dalaman keseluruhannya kelihatan seperti restoran mewah di kawasan elit.
Ini termasuk pemilihan palet warna dengan elemen mewah, penggunaan perabot moden, reka bentuk dalaman bertema moden kontemporari, persekitaran yang kondusif, dan yang paling penting, tahap kebersihan yang sangat baik.
Apa yang menarik, anda juga boleh memanggil pelayan dengan mudah hanya dengan menekan butang loceng pada setiap meja yang disediakan. Para pekerja tampil dengan penampilan kemas dan bersih, menjadikan suasana lebih menyenangkan.
Kedai mamak premium bernama Nasi Kandar Antarabangsa turut mendedahkan harga menu di sana tidaklah semahal yang disangkakan apabila disoal oleh netizen.
Hantaran video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka meluahkan rasa terkejut dengan kewujudan sebuah kedai mamak yang begitu estetik, seakan-akan sebuah restoran mewah ternama di luar sana.
Selain itu, sebahagian netizen juga berpendapat bahawa dengan suasana yang cukup kondusif dan tahap kebersihan yang terjamin, kedai tersebut wajar mengenakan caj premium bagi pengunjung yang datang ke sana.
Ada juga yang merasakan suasana seperti ini sudah tidak lagi memberikan vibe kedai mamak biasa yang terbuka dengan suasana bising akibat pelanggan yang sedang berbual.
@nasikandarantarbangsa Welcome to Nasi Kandar Antarabangsa, Setia Alam 🤎✨ #mamak #premiummamak #mamakpremium #nasikandar #nasikandarantarabangsa #hiddengems #mamakviral #oldmoneymamak #nasikandarpremium #tempatlepaksetiaalam #tempatmenarikselangor #klfoodie #selangorfoodie ♬ som original – ★