Pakcik viral buat ‘comeback’ dengan episod tiub oksigen ‘salah lobang’ buat netizen terhibur.
Belum habis gelak dengan telatah Pak Cik ni dalam video pertama yang viral, dia dah ‘comeback’ buat ramai terhibur.
Kali ni, satu lagi video terbarunya tular, dan serius kelakar sampai boleh sakit perut dibuatnya.
Dalam video terbaru yang dikongsi oleh anaknya, Pak Cik ni masih dirawat di hospital.
Tapi yang buat netizen terhibur, cara dia pakai tiub oksigen tu.
“Baru je tinggal kejap pergi tandas. Pak Cik dekat depan cakap macam kerbau balau,” tulis anaknya.
Mana tidaknya, satu tiub oksigen masuk kat hidung, tapi yang sebelah lagi tergantung elok kat tepi hidung.
Paling lucu, lepas ditegur, Pak Cik ni selamba gelak kecil sambil berseloroh “Salah lobang”.
Kalau tengok video tu, confirm korang pun tak tahan nak gelak sekali.
@iera_natrahbru je tngl g tndas kjp hahahx .. pakcik dpn ckp mcm kerbau balau hahahahx
Macam biasa, ruangan komen video tu penuh dengan pelbagai reaksi.
Ada yang tak boleh move on dengan video sebelum ni, sekarang dah tambah satu lagi episod ‘salah lobang’.
“Tak habis lagi tengok video yang fon jatuh kat kepala ayah sis tu… Sekarang ni Pak Cik buat comeback pula dengan ‘salah lobang’,”
“Pak Cik tolonglah, jangan kelakar sangat. Yang hp jatuh atas kepala tu pun saya tak habis gelak lagi tau,”
“Patutlah oksigen tak naik-naik, rupanya salah lubang,”
“Hidung sebelah je dapat oksigen, sebelah lagi langsung tak dapat,”
Walaupun banyak komen lawak, ramai juga yang sempat selitkan doa untuk kesembuhan Pak Cik ni.
“Pak Cik ni muka garang, tapi kelakar.”
Siapa setuju, ‘bapa-bapa’ ni sebenarnya memang nampak garang di luar, tapi bila depan anak-anak, merekalah ‘pelawak utama’.
Bila marah, semua kecut perut, tak ada siapa berani buat lawak depan mereka.
Tapi bila dorang ni melawak, memang satu rumah tak kering gusi.
Apa yang pasti, Pak Cik ni berjaya buat ramai terhibur dengan telatahnya.
Semoga Pak Cik ni terus sihat dan ceria.
Kami doakan Pak Cik cepat sembuh dan balik ke rumah untuk sambung jadi pelawak nombor satu keluarga, dan juga untuk kami.