Pakar perjelas kenapa bahaya simpan telur dalam peti sejuk.
Rak Rberlubang pada tepi pintu peti sejuk biasanya disediakan untuk memastikan telur tersusun dengan kemas dan tidak mudah pecah.
Penyimpanan telur di dalam peti sejuk dapat mengekalkan kualiti dan kesegarannya sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih lama berbanding disimpan di tempat biasa.
Namun, terdapat risiko yang mungkin timbul dan menjejaskan kesihatan jika anda menyimpan telur di bahagian tersebut.
Suhu pada pintu peti sejuk sering berubah apabila kerap dibuka, yang boleh menyebabkan jangka hayat telur menjadi lebih pendek.
Pakar penyimpanan makanan, Vlatka Lake, menjelaskan bahawa kulit telur yang dibiarkan pada suhu bilik boleh ‘berpeluh’, sekali gus membolehkan bakteria bergerak ke bahagian dalam telur.
Ini boleh menyebabkan anda jatuh sakit jika memakan telur yang terdedah kepada kuman.
Sebaiknya, simpan telur di bahagian rak atas atau tengah peti sejuk dan letakkan dalam karton atau sarang khas.
Karton berfungsi untuk melindungi liang-liang pada kulit telur daripada menyerap bakteria atau bau yang tidak diingini.