Pakar bingung 30 bangkai ikan jerung ditemui terdampar di pantai

Pakar bingung 30 bangkai ikan jerung ditemui terdampar di pantai

Pakar bingung 30 bangkai ikan jerung ditemui terdampar di pantai.

Sejumlah 30 bangkai ikan jerung ditemukan terdampar di sebuah pantai di United Kingdom (UK) pada Selasa.

Pakar marin menyifatkan kejadian di pantai Prestatyn di Denbighshire, Wales Utara itu sebagai membimbangkan.

Malah, mereka juga gagal mencari punca kejadian yang membawa kepada kematian haiwan-haiwan berkenaan.

Pakar bingung 30 bangkai ikan jerung ditemui terdampar di pantai

Pelbagai spekulasi timbul ekoran kejadian itu, termasuklah yang mengaitkan faktor semulajadi.

Gem Simmons, dari British Divers Marine Life Rescue, turut berkunjung ke pantai Prestatyn, untuk memeriksa bangkai berkenaan namun gagal mengambil sebarang sampel.

“Perkara pertama yang saya ingin periksa adalah sama ada mereka mengalami kerosakan insang.

“Terdapat beberapa laporan tentang pukat haram tetapi kami tidak mempunyai banyak bukti mengenainya,” ujarnya.

Baca Lagi:
‘Rider’ panjat tingkat lima hantar pesanan dapat tip lumayan dan surat dari pelangan
Rumah baru dibina, suami nekad robohkan rumah sebab isteri kantoi curang
Ini sebab yang ramai tak tahu kenapa ustaz tak galakkan pasang ayat Ruqyah semasa memandu
CATEGORIES