Pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines antara 10 ‘uniform’ terbaik di dunia

Photo of author

By Syima Iza

Pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines antara 10 ‘uniform’ terbaik di dunia.

Pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines dipilih sebagai antara 10 ‘uniform’ penerbangan terbaik dunia apabila berjaya menduduki kedudukan kelapan, mengatasi Hawaiian Airlines dan Alaska Airlines.

Rekaan sarong kebaya yang diinspirasikan oleh budaya tradisional Malaysia dan kombinasi warna biru putih itu dilihat menjadi perhatian masyarakat dunia sehingga mendapat pujian ramai pihak, termasuklah pelancong asing.

Pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines antara 10 ‘uniform’ terbaik di dunia

Menerusi hantaran di Instagram, seasia.stats, seramai 1,000 responden daripada anak kapal menyertai tinjauan berkaitan pemilihan pakaian pramugari syarikat penerbangan terbaik seluruh dunia bagi tahun 2024.

Berada dalam senarai tiga terbaik dunia adalah Hainan Airlines, diikuti Etihad Airways dan Vietnam Airlines.

Pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines antara 10 ‘uniform’ terbaik di dunia

Seterusnya, Emirates menduduki tempat keempat, diikuti Delta Air Lines, Turkish Airlines, Virgin Atlantic, Malaysia Airlines, Hawaiian Airlines, dan terakhir Alaska Airlines.

Baca Lagi:
Punca sebenar kenapa berat badan susah nak turun
“Semuanya hancur”- Shuib terduduk impiannya mahu bawa Mamat ke Tanah Suci ‘Lebur’
Boleh ke berpakaian hitam ketika hadiri pengubumian? Ini hukumnya yang ramai orang tak tahu