‘Pak guard’ sekolah menangis terharu terima hadiah daripada murid sampai penuh kereta

Photo of author

By Syima Iza

‘Pak guard’ sekolah menangis terharu terima hadiah daripada murid sampai penuh kereta. Majlis perpisahan seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah mengundang rasa sedih netizen sehingga menjadi tular baru-baru ini.

Momen itu dirakam dalam video berdurasi satu minit 13 saat dan dikongsi oleh Fazlinda Aziz di TikTok.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pelajar sekolah berkumpul untuk memberikan hadiah penghargaan kepada Uncle Kittu, pengawal keselamatan yang setia menjalankan tugasnya.

'Pak guard' sekolah menangis terharu terima hadiah daripada murid sampai penuh kereta

Ungkapan terima kasih dan pelukan erat yang diberikan oleh murid-murid, menggambarkan penghargaan dan kasih sayang warga sekolah terhadap Uncle Kittu.

Rata-rata netizen berkata ini adalah kali pertama majlis perpisahan seumpama itu diadakan untuk pengawal keselamatan.

“Ini kali pertama, aku tengok sekolah buat majlis perpisahan dengan pak guard. Mesti Uncle Kittu ini baik sangat-sangat, buat aku nangis pula tengok ini,” komen Aramia Rose.
“Bukan biasa-biasa Uncle Kittu, mesti ramai orang yang sayang. Balik rumah mesti dia menangis berpisah dengan mereka,” tulis Merpati Putih.

Seorang ibu kepada pelajar sekolah di situ yang menggunakan nama Dqisya Shop berkata, dia sebagai ibu bapa juga terasa berat hati untuk melepaskan pengawal keselamatan itu.

“Semoga sihat dan sentiasa gembira di tempat baru Uncle Kittu,” tambahnya.
@lindalabuSelamat Bertugas Di tempat baru Uncle Kittu

♬ Sampai Jumpa – Endank Soekamti

Baca Lagi:
Hukum guna duit tabung masjid bayar elaun AJK, buat baju-T
Detik cemas ‘ikan duyung’ hampir lemas tersangkut dalam akuarium
Kejam! Rendam 15 ekor anak kucing sampai mati, Persatuan Haiwan Malaysia tawar ganjaran RM5,000 kesan pelaku