Pak guard sekolah, dua remaja komplot perkosa murid tingkatan 1 dalam kelas

Pak guard sekolah, dua remaja komplot perkosa murid tingkatan 1 dalam kelas

Tiga lelaki termasuk dua remaja berusia 15 tahun ditahan kelmarin selepas disyaki memperkosa gadis 13 tahun di sebuah sekolah sekitar Kota Damansara, di sini, 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek yang berusia 15 hingga 24 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Katanya, gadis berkenaan difahamkan berkenalan dengan suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelajar di sekolah sama melalui media sosial.

Pak guard sekolah, dua remaja komplot perkosa murid tingkatan 1 dalam kelas

“Mangsa dijemput suspek bersama seorang lagi rakannya yang merupakan pengawal keselamatan sekolah mereka dengan menaiki kereta dengan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

“Selepas itu, mangsa dibawa ke sebuah kelas di sekolah berkenaan sebelum dirogol dua suspek itu kira-kira 12.50 tengah malam,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo!

Menurut beliau, pengawal keselamatan berusia 24 tahun itu berkomplot dalam membantu membuka kelas di sekolah terbabit.

Kemudian, datang seorang lagi suspek ketiga yang juga berusia 15 tahun turut melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.

“Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bermula semalam sehingga 2 Julai ini,” katanya.

Baca Juga:
Bayaran upah tak berbaloi, lebih 100 pekerja protes di depan ibu pejabat Foodpanda
Saya tak ada wang ringgit, tapi saya ada Allah” – Bekas pembantu peribadi Aliff Syukri
Lanun Pirates of the Caribbean, Tamayo Perry maut dibaham jerung
CATEGORIES