Pak Guard ‘lalok’ pukul pelajar di Glenmarie

Photo of author

By Syima Iza

Pak Guard ‘lalok’ pukul pelajar di Glenmarie. Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah antarabangsa cedera di kepala selepas dipukul pengawal keselamatan yang dipercayai di bawah pengaruh dadah di lobi sebuah pusat beli- belah di Glenmarie, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30, petang itu, mangsa berusia 17 tahun dan merupakan warga Filipina cedera dipukul menggunakan ‘cement compacter’.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa sedang menyiapkan litar permainan kereta kebal di taman pasar raya itu bersama beberapa individu yang lain.

Pak Guard 'lalok' pukul pelajar di Glenmarie

“Suspek berusia 34 itu mengaku memukul mangsa kerana berhalusinasi pada masa kejadian.

“Siasatan turut mendapati suspek bukan pengawal keselamatan di pusat beli belah itu sebaliknya di lokasi lain. Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pak Guard 'lalok' pukul pelajar di Glenmarie

Beliau menambah,mangsa yang cedera telah dibawa ke pusat perubatan swasta untuk rawatan lanjut manakala suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Isteri naik angin! tarik rambut kekasih gelap depan suami
Majlis kahwin berkonsep COD, pengantin lelaki diusung dalam kotak
Berbulan gaduh dengan suami, sekali aku cek phone dia, aku jumpa sesuatu tentang diri aku…