‘Pak Guard’ dapat angpau berkepuk-kepuk, ramai teruja nak tahu berapa jumlah.
Sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini amat bermakna bagi seorang pengawal keselamatan apabila dia menerima banyak angpau daripada kakitangan di sebuah kilang tempat dia mencari rezeki.
Menerusi video tular yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @Fydaz, kelihatan pengawal keselamatan asing itu sedang mengira ‘wang raya’ yang diterimanya.
Lebih mengujakan, kebanyakan angpau tersebut berisi wang kertas RM10, RM20, dan juga RM50.
Video berdurasi 17 saat itu turut menunjukkan deretan angpau yang disusun di atas meja, sementara pengawal keselamatan tersebut mengeluarkan wang kertas daripada sampul angpau satu persatu.
Di ruangan komen, ramai yang teruja melihat ‘durian runtuh’ yang diterima oleh pengawal keselamatan itu.
“Anda mesti seorang pengawal keselamatan yang baik kepada semua, jadi mereka sayang anda juga,” kata Jessica.
“Wah, silap hari bulan lebih sebulan daripada gaji dia!,” kata Pearl Design Centre.
“Rezeki itu, menang besar pak guard. Orang baik mesti dilayan baik,” komen Syafiq.
“Aku pula yang teruja nak tahu berapa dia dapat, siap ada RM50. Alhamdulillah, rezeki dia kerja di Tahun Baharu Cina,” kata Aireen Lya.
@arjunrai7509chinese new year 2025 january aampau 🤣🤣😎😎🙏🙏💌💌💌@#