Padah ubahsuai mercun, kedua-dua tangan lelaki ini hancur

Photo of author

By Syima Iza

Padah ubahsuai mercun, kedua-dua tangan lelaki ini hancur. Seorang lelaki berusia 27 tahun parah di kedua-dua belah tangan dan luka di badan selepas dipercayai bermain mercun yang diubah suai dalam kejadian di daerah ini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, kejadian itu disedari abang mangsa berusia 29 tahun selepas terdengar bunyi letupan yang kuat berdekatan dengan rumah mereka kira-kira 3.30 pagi.

Beliau berkata, abang mangsa pada mulanya menyangka berlaku pergaduhan dan bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Padah ubahsuai mercun, kedua-dua tangan lelaki ini hancur

“Bagaimanapun, sebaik bergegas keluar dari rumah, abang mangsa mendapati adiknya mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan disyaki akibat letupan mercun yang diubah suai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Mohd Zaki berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Ini adalah kejadian kedua yang direkodkan di daerah ini akibat mercun selepas empat kanak-kanak mengalami kecederaan akibat letupan mercun yang diubah suai pada 4 April lalu,” katanya.

Baca Lagi:
Masjid di Turki benar kanak-kanak bermain dalam masjid selama 30 minit selepas tarawih
Finalis ratu cantik Thailand ‘berdesup’ tunggang motosikal ke venue pertandingan curi tumpuan ramai
Pemuda bengang beli 3 ekor ikan keli saiz jari kena bayar RM21, nasi putih harga lain