Padah main cinta dengan isteri orang, peniaga kena belasah dengan getah paip

Photo of author

By Syima Iza

Padah main cinta dengan isteri orang, peniaga kena belasah dengan getah paip. Seorang peniaga cedera dipukul dengan penyapu dan getah paip selepas dipercayai bermain cinta dengan isteri orang dalam kejadian di Serting, Isnin lalu.

Lebih malang, duit dalam akaun lelaki berusia 20-an itu berjumlah RM14,000 turut dikebas kesemuanya oleh suspek termasuk suami wanita berkenaan.

Menurut sumber, mangsa yang masih bujang telah berkenalan dengan isteri orang melalui aplikasi WhatsApp kira-kira dua bulan lalu.
Padah main cinta dengan isteri orang, peniaga kena belasah dengan getah paip
Gambar hiasan

“Hubungan terlarang itu diketahui suami wanita berkenaan dan suspek telah meminta mangsa datang ke rumahnya kira-kira pukul 1 pagi.

“Sebaik tiba, lelaki itu dipukul suami wanita itu dan lima ahli keluarganya dengan penyapu, batang cangkul serta getah paip di bahagian badan, kepala selain ditumbuk pada bahagian mata,” katanya hari ini.

Ujar sumber, suspek kemudiannya meminta kad bank dan nombor pin milik mangsa sebelum mengeluarkan RM15,000.

“RM1,000 diserahkan kepada mangsa manakala selebihnya sebagai ganti rugi telefon yang diberikan isteri suspek kepadanya,” ujarnya.

Kesemua enam suspek berusia lingkungan 17 hingga 28 tahun direman bermula 24 Januari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta 384 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Video tular nenek mandi lumpur dipadam TikTok
Alangkah bahagianya! Lelaki kahwin isteri ketiga ditemani dua isteri
Pelanggan pasaraya terkejut nampak tikus sebesar kucing celah bungkusan sayur