Padah goda isteri orang, lelaki pulang dari outstation ‘sabit’ jiran hingga mati

Padah goda isteri orang, lelaki pulang dari outstation ‘sabit’ jiran hingga mati

Seorang lelaki nekad menetak jirannya sampai mati kerana berang isterinya sering digoda mangsa ketika dia keluar bekerja.

Tragedi berdarah yang membabitkan mangsa berusia 65 tahun itu berlaku pada Rabu lalu.

Susulan itu, suspek berusia 45 tahun ditahan polis selepas melarikan diri ke rumah ibu bapanya.

Padah goda isteri orang, lelaki pulang dari outstation 'sabit' jiran hingga mati

Kejadian berlaku di Desa Besuk, Kecamatan Bantaran, Kabupaten Probolinggo di Jawa Timur, Indonesia.

Timbalan Kapolres Probolinggo, Komisioner Supiyan berkata, polis memburu suspek yang kemudian menahannya di Bambang.

Ketika kejadian petang Rabu, katanya, mangsa sedang duduk di meja di hadapan rumahnya.

“Tiba-tiba suspek muncul melalui lorong rumah dan segera menyerang mangsa dengan senjata jenis sabit tajam,” kata Supiyan pada sidang media, Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Probolinggo, AKP Putra Adi Fajar Winarsa berkata, motif suspek kerana nekad mahu membalas dendam.

“Suspek sering bekerja di luar kawasan. Isterinya memberitahu mangsa sering datang mengganggunya. Akhirnya suspek pulang ke rumah dan melakukan perkara itu,” kata Fajar.

Suspek mengaku berang dengan tindakan mangsa yang sering mengganggu isterinya. Malah, mangsa didakwa menawarkan wang tunai kepada isterinya demi melayan nafsu jirannya itu.

“Dia sering kacau, goda isteri saya. Saya tak boleh terima,” kata suspek.

Kes masih dalam siasatan polis dan suspek ditahan kerana didakwa membunuh.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang, maka semua harus menjauhinya.

Baca Juga:
Orang luar ramai yang salah selama ni, ‘Losong bukan jenis keropok lekor’
Netizen terkejut bibik Cik B pakai sandal berharga ribuan ringgit
Peniaga terkejut sewa Pasar Payang jadi RM400, sebelum ini RM110
CATEGORIES