Padah curi kabel pencawang, lelaki kritikal melecur, satu kampung terputus bekalan elektrik

Padah curi kabel pencawang, lelaki kritikal melecur, satu kampung terputus bekalan elektrik

Tindakan seorang lelaki mencuri kabel pencawang milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian berhampiran Kampung Gentisan di sini, awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, lelaki berusia 30-an melecur pada bahagian muka, leher, bahu, dan lengan kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, tindakan suspek itu bukan sahaja mencederakan dirinya sendiri tetapi turut menyebabkan seluruh kampung tersebut terputus bekalan elektrik.

Padah curi kabel pencawang, lelaki kritikal melecur, satu kampung terputus bekalan elektrik

Menurutnya, kejadian itu disedari oleh penduduk kampung selepas terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum bekalan elektrik terputus.

Selepas itu, penduduk kampung terdengar suara orang menjerit meminta tolong dari tepi jalan sebelum menemui seorang lelaki dalam keadaan lemah sambil meraung kesakitan dengan keadaan kulit muka ada kesan terbakar.

“Dalam kejadian itu, suspek disyaki terkena renjatan elektrik ketika cubaan mencuri kabel di pencawang SESB yang berada di kawasan berhampiran.

“Seorang lagi rakannya turut cedera namun sempat melarikan diri sebelum polis tiba,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Kalsom berkata lagi, suspek yang melecur kemudian dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut oleh ahli keluarganya sendiri. “Keadaan lelaki terbabit kritikal kerana mengalami kecederaan melecur tahap tiga di bahagian muka dan leher manakala tahap dua di bahagian bahu dan lengan kanan.

“Selain itu terdapat luka di bahagian kening kiri dan matanya bengkak serta tidak dapat dibuka,” katanya. Kalsom berkata, kes masih dalam siasatan pihaknya di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan perbuatan mencuri kabel elektrik yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga ia adalah perbuatan jenayah yang boleh didakwa di mahkamah.

Baca Juga:
Suami isteri ditahan di bazar Ramadan mengaku beli senjata api di Thailand jual kepada warga Israel
Mudahnya manusia dapat dosa kering – Ruhainies
Lelaki curi dan makan kaki mangsa kemalangan kereta api ‘ratah’ macam makan peha ayam
CATEGORIES