Owner gedung butik menyamar jadi pelanggan test pekerja baru, tak sangka ini yang terjadi.
Meskipun sudah mengupah pekerja untuk sama-sama mengendalikan perniagaan yang dimiliki, seorang majikan tetap tidak boleh melepaskan kepercayaan 100% begitu sahaja. Pantauan terhadap sikap para pekerja mungkin wajar dilakukan, apalagi jika melibatkan perniagaan di premis fizikal yang memerlukan pekerja melayan pelanggan secara bersemuka.
Pelanggan dibiarkan memulangkan baju sendiri… Sangat tidak ramah.
Baru-baru ini, seorang wanita yang memiliki perusahaan pakaian telah datang ke lokasi perniagaannya untuk menguji karakter staf baru yang masih dalam tempoh latihan.
Ketika pelanggan itu mahu membelek baju, pekerja tersebut hanya berdiam diri dan tidak memberikan sapaan yang ramah. Apabila ditanya tentang jenis fabrik, saiz, serta cadangan baju yang sesuai, jawapan yang diberikan juga kedengaran asal boleh.
Aduh, macam mana boleh lepas interview… Kena briefing dengan HR ni.
Majikan tersebut kemudian bertanya sama ada pekerja itu masih dalam tempoh latihan. Anak muda itu menjawab dengan nada yang sedikit kerek sambil memberitahu bahawa dia baru tiga hari bekerja di situ. Bukan sahaja dari segi lisan, malah bahasa tubuhnya ketika melayani pelanggan juga tidak mencerminkan sikap mesra pelanggan.
Perlu dilatih lagi untuk lebih ramah & kenal produk… Yang dinilai di sini adalah sikap.
Meraih lebih 12 juta tontonan sejak dikongsikan ke TikTok semalam, netizen turut kesal melihat sikap acuh tak acuh yang dipaparkan oleh gadis tersebut. Sekiranya belum mahir tentang produk jualan sekalipun, mereka berpendapat seorang pekerja sekurang-kurangnya perlu menunjukkan layanan yang mesra kepada pelanggan.
@byjamira_ai Berapa rating dari kalian? #fypシ #fypage ♬ suara asli – bu.iboy