“Order je, makanan turun dari langit..”- Kedai Abang Tingkap jadi tumpuan ramai

Photo of author

By Syima Iza

“Order je, makanan turun dari langit..”- Kedai Abang Tingkap jadi tumpuan ramai.

Setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya. Namun, jika rezeki sudah tertulis untuk kita, tidak kira di mana atau bagaimana caranya, pasti ada hasilnya.

Itulah kisah seorang lelaki yang dikenali melalui akaun TikToknya, @abangtingkapp, yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari tepi tingkap rumahnya.

"Order je, makanan turun dari langit.."- Kedai Abang Tingkap jadi tumpuan ramai

Berniaga dari tingkap rumah

Lelaki yang berasal dari Langkawi ini hanya menjual tiga menu makanan sahaja iaitu Nasi Goreng, Kuew Teow Goreng, dan Mee Goreng.

Walaupun kelihatan sederhana, keunikan cara perniagaannya membuatkan dia tidak menang tangan, malah video mengenai kedainya tular di media sosial.

“Order je, makanan turun dari langit..”
@abangtingkapp Ada yang nak belanja customer abang tingkap tapi adik ni pula dia lak fowardkan. ishhh kowang ni semua baik baik.. #abangtingkap #abangtingkaplangkawi #nasigorengabangtingkaplangkawi #langkawi #langkawifoodie #nasigorengabangtingkap ♬ original sound – abangtingkapp

Dalam beberapa video yang dimuat naik, pelanggan yang datang ke kedainya akan mengambil makanan mereka dengan cara unik.

Makanan yang dipesan akan diletakkan di dalam bakul dan diturunkan menggunakan tali dari tingkap rumahnya, menjadikan pengalaman membeli lebih menarik dan berbeza.

Kisah di sebalik “Abang Tingkap”

Di sebalik kejayaan perniagaannya yang semakin mendapat perhatian, terselit kisah penuh cabaran sebelum tercetusnya idea “Kedai Abang Tingkap”.

Menurut perkongsiannya, Abang Tingkap dahulunya bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran. Namun, dia terpaksa berhenti kerja selepas terlibat dalam kemalangan beberapa bulan lalu yang mengakibatkan dia tidak dapat berdiri dalam tempoh yang lama.

Dengan duit simpanan yang semakin menyusut, dia memutuskan untuk berniaga dari rumah secara self-pickup bagi menampung perbelanjaan harian dan kos ubat-ubatan semasa tempoh pemulihan.

Siapa sangka, ujian akibat kemalangan tersebut membuka pintu rezeki untuknya hingga ke hari ini.

Sambutan hangat daripada warganet

Perniagaan Abang Tingkap mendapat perhatian ramai dan menu makanan yang dijualnya menerima pujian hangat daripada pelanggan.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan respons positif, malah memuji kualiti dan kuantiti makanan yang dihidangkan.

Antara komen warganet:

  • “Saya belum makan lagi, tapi saya dah tahu nasi goreng tu sedap. Tengok je saya dah tahu sedap,” kata seorang pengguna.
  • “Baru tadi ada orang review makanan. RM5 selambak, puas makan,” ujar seorang lagi.

Perniagaan kecil-kecilan Abang Tingkap ini membuktikan bahawa usaha dan kreativiti mampu mengubah cabaran menjadi peluang yang besar.

Baca Juga:
“MasyaAllah mulianya hati”- Temubual owner Mydin dengan Molek FM raih perhatian ramai
Wanita terpaksa mandi wajib setiap hari menjelang subuh, dakwa diratah jin setiap malam
Akhirnya terbongkar kenapa minyak masak paket jarang ditemui di kedai