Orang utan betina diperlaku seperti pelacur, dirantai di katil jadi hamba lelaki gila seks

Photo of author

By Syima Iza

Orang utan betina diperlaku seperti pelacur, dirantai di katil jadi hamba lelaki gila seks.

Seekor orang utan betina yang sebelum ini melalui pengalaman ngeri diperlakukan seperti ‘pelacur’ masih trauma berhadapan lelaki walaupun kejadian tragis itu sudah berlalu kira-kira dua dekad lalu, lapor Mirror UK.

Orang utan itu dirantai ke katil dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki selama bertahun-tahun.

Orang utan betina diperlaku seperti pelacur, dirantai di katil jadi hamba lelaki gila seks

Orang utan dinamakan Pony itu dikurung selama bertahun-tahun sebelum dia akhirnya diselamatkan dan terpaksa menjalani pemulihan.

Pony sebelum ini ditangkap penculiknya yang kemudian menjadikan haiwan itu ‘pelacur’ kepada pelanggan lelaki gila seks selama bertahun-tahun.

Pasukan penyelamat mendapati tubuh badan Pony juga mempunyai kesan gigitan yang menyakitkan sepanjang tempoh dirantai di atas katil dan dirogol berulang kali.

Yayasan Survival Orang Utan Borneo dalam kenyataannya berkata tidak menyangka ada kes haiwan seperti Pony yang diperlakukan sebagai itu.

”Lelaki gila membayar sejumlah wang kepada pemilik rumah untuk melakukan hubungan dengan Pony,” katanya.

Difahamkan Pony baru berusia enam tahun ketika diselamatkan dan tidak diketahui dengan tepat berapa lama dia terperangkap di ‘rumah pelacuran’ itu.

Kenyataan Yayasan Survival Orang Utan Borneo memberitahu pemilik rumah enggan melepaskan Pony.

Bagi pemilik itu, Pony adalah mesin membawa untung tunai dan sumber tuahnya.

“Pegawai polis dan tentera terpaksa campur tangan untuk memujuk pemilik rumah dalam usaha menyelamatkan orang utan itu.

“Pony mengambil masa lebih sedekad untuk pulih daripada segala penderitaan yang dialaminya.

“Dia dibawa ke Pusat Pemulihan Orang Utan Nyaru Menteng di Borneo, Indonesia, di mana kakitangan organisasi berkenaan turut berasa bimbang dengan ‘kerosakan’ yang dialami Pony,” katanya.

Pony tidak menunjukkan keinginan untuk meneroka dan tidak dapat mencari makanan sendiri.

Sukarelawan, Michelle Desilets memberitahu Sun Online: “Ia adalah ingatan ngeri. Dia hamba seks, ia sangat teruk. Dia pasti mengalami kesakitan yang amat sangat,” katanya.

Orang utan itu diselamatkan pada tahun 2003.

Semasa pemulihannya, lelaki tidak dibenarkan mendekatinya kerana dia jelas trauma dengan pelakuan kejam yang dialaminya.

Hanya selepas 15 tahun, Pony akhirnya berada dalam keadaan sihat dan dapat mencari makanan di Pusat Pemulihan Orang Utan Nyaru Menteng itu di mana Pony ditempatkan dalam kandang bersama tujuh Orang Utan lain.

Baca Lagi:
Norman Hakim akhirnya buka mulut tentang isu anak gadis jadi ‘orang ketiga’
‘Dia Masih Bujang’, gelagat Agong usik Tengku Hassanal buat ramai orang Sarawak teruja
Padah mahu gambar pra perkahwinan menarik, 50 hektar rumput di Gunung Bromo terbakar