“Orang Selalu Masuk Universiti Ikat Perut, Tapi Cik B Ikat Duit Kat Sana”

Photo of author

By Syima Iza

“Orang Selalu Masuk Universiti Ikat Perut, Tapi Cik B Ikat Duit Kat Sana”.

Siapa yang tidak mengenali Cik B, atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, yang sering menarik perhatian ramai. Cik B juga terkenal dengan video-video kontennya yang menghiburkan, yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.

Anak kepada usahawan kosmetik sensasi, Dato’ Seri Vida, ini sering dilihat meluangkan masa bersama ibunya di rumah. Gelagat mereka berdua dalam video-video yang dikongsi pastinya membuat netizen tidak kering gusi.

“Orang Selalu Masuk Universiti Ikat Perut, Tapi Cik B Ikat Duit Kat Sana”

Selain itu, perniagaan milik Cik B turut mendapat perhatian apabila dikatakan laris dan mendapat banyak permintaan. Baru-baru ini, Cik B tular apabila membeli kereta pada usia muda, yang membuatkan ramai kagum dengan kejayaannya.

“Orang Selalu Masuk Universiti Ikat Perut, Tapi Cik B Ikat Duit Kat Sana” – Netizen

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh Cik B di laman TikToknya menjadi tular, menarik perhatian ramai. Video tersebut kini telah meraih sebanyak 2.7 juta tontonan, 136 ribu tanda suka, dan 1,321 komen.

@cikb_havoc Before pergi Spain, kita tukar duit lah dulu guys nak belajar sambil belanja kat sana #tiktokmalaysia #cikb #bossb #fyp #fypシ゚ #fypviral #onthisday #money #dinero #euro #moneychanger ♬ Vlog ・ Stylish city pop(1275391) – orino

Dalam video itu, Cik B dilihat menukar wang sejumlah RM50,000 untuk dibawa ke Sepanyol. Menurut Cik B, wang tersebut ditukar sebagai persediaan untuk kecemasan, sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pada kad banknya.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut, dan ramai yang menyatakan bahawa Cik B sangat beruntung kerana dapat menyambung pelajaran di luar negara hasil daripada usaha kerasnya sendiri.

Baca Juga:
Anak bekerja di Taiwan pasang CCTV di kampung pantau ibu bapa raih perhatian
Kapal Malaysia didakwa curi pasir laut, menteri Indonesia dedah kerugian RM66 juta
Suami boleh cerai jika bosan, wanita buat pengakuan kahwin 15 kali selepas tawar khidmat jadi isteri ‘sementara’