Orang ramai tak keruan selepas Honda Malaysia bagi diskaun RM80,000 untuk Civic Type R FL5.
Semalam, seluruh Malaysia dikejutkan dengan pengumuman diskaun besar-besaran oleh Honda Malaysia.
Menerusi promosi ‘Unwrap Big Savings,’ mereka menawarkan harga diskaun yang merangkumi rebat tunai dan ‘bonus akhir’ khas sepanjang bulan Oktober ini.
Diskaun tersebut ada yang mencecah setinggi RM80,000, terutama untuk model idaman ramai, Civic Type R FL5.
Harga asal model tersebut bermula dari RM399,000, manakala selepas diskaun, harganya hanya RM319,000. Bagi mereka yang berdaftar di Langkawi, harga asal RM219,900 kini menjadi hanya RM139,900.
Menelusuri platform Facebook, ramai yang tidak senang duduk selepas mengetahui mengenai harga diskaun tersebut.
Warganet turut menambah bahawa tawaran ini sangat berbaloi kerana pembeli akan mendapat model baharu daripada Honda Malaysia yang disertakan dengan waranti, berbanding dengan model-model recon. Selain Civic Type R FL5, Honda Malaysia turut menawarkan diskaun untuk model HR-V, City, WR-V, Civic, CR-V, dan City Hatchback terpilih.
Anda boleh melihat senarai penuh harga diskaun yang diumumkan oleh Honda Malaysia menerusi carta di bawah.