Orang ramai serbu penjara Kajang selepas Tun Taila buat video

Photo of author

By Syima Iza

Orang ramai serbu penjara Kajang selepas Tun Taila buat video.

Penjara Kajang kini tular dengan pelbagai produk keluarannya selepas sebuah video promosi oleh pempengaruh Tun Laila menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok, Zawanee Megat, orang ramai dilihat berpusu-pusu mengunjungi Galeri Jualan Produk My Pride, sebuah pusat jualan yang menawarkan produk hasil tangan penghuni penjara wanita tersebut.

Orang ramai serbu penjara Kajang selepas Tun Taila buat video

Antara produk yang dijual termasuk:

  •  Kuih raya
  •  Baju batik
  •  Kuih sejuk beku
  •  Pelbagai hasil kraftangan

Netizen Teruja dengan Sokongan Pempengaruh

Rata-rata netizen berasa bangga dan bersyukur kerana mengikuti pempengaruh berkualiti seperti Tun Laila.

“Berbaloi Tun Laila datang walaupun nampak tergesa-gesa, tapi dia tetap sudi mengulas produk-produk penjara.” – @Namny

@yarafaee duta Penjara Kajang, ko ada? songket from @Misriscarves ♬ original sound – Tun Laila

“Sebab itu kita kena ikut influencer yang bijak macam Tun Laila dan KA. Mereka tak buat konten yang bukan-bukan.” – @Fasha

Produk Dari Pelbagai Penjara
Menariknya, galeri jualan ini bukan sahaja menawarkan produk hasil penghuni Penjara Kajang, tetapi juga dari penjara lain seperti:
📍 Penjara Pengkalan Chepa
📍 Penjara Taiping
📍 Penjara Bentong

Kewujudan galeri ini bukan sahaja memberi peluang kepada penghuni penjara untuk menjana pendapatan tetapi juga membuktikan bahawa mereka mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi yang boleh diterima oleh masyarakat.

Baca Juga:
“Laju weh, besar gila”-Lelaki teruja dapat lihat bayang ikan gergasi kejar pesawat, rupan-rupanya…
“Senang hidup duduk rumah kerajaan”- Sewa RM150 sebulan tapi tertunggak sampai RM34k
3 cerita legend ini berasal dari Malaysia bukan Indonesia