Orang ramai sebak lihat detik menyentuh hati bapa minta izin nikahkan anak perempuan

Orang ramai sebak lihat detik menyentuh hati bapa minta izin nikahkan anak perempuan

Si ayah cuba untuk menutup kesedihan dengan senyum dan tawanya, namun gagal apabila air matanya mula mengalir perlahan.

Bagi seseorang yang bergelar ayah, akan tiba masanya untuk melepaskan anak perempuan mereka selepas bertahun-tahun menjaga kebajikan mereka sejak kecil.

Percayalah, pejam celik si kecil anda yang dahulunya perlu disuap ketika mahu makan kini sudah boleh memasakkan hidangan untuk seisi keluarga.

Tanggungjawab terakhir sebagai seorang ayah kepada anak perempuannya adalah bergelar wali sebagai tanda menyerahkan tugas untuk menjaga mereka kepada lelaki lain yang bergelar suami.

Orang ramai sebak lihat detik menyentuh hati bapa minta izin nikahkan anak perempuan

Bapa Minta Izin Kepada Anak Perempuan Tunggal Sebelum Menjalankan Tugas Sebagai Wali

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman X (@Cikgu_Anep), seorang ayah dilihat bergerak ke tempat duduk anak perempuannya yang bakal bergelar isteri semata-mata untuk meminta izin menikahkan puteri tunggalnya itu.

Ketika detik itu, si ayah cuba untuk menutup kesedihan dengan ketawa sambil tersenyum tetapi tidak lama selepas itu air mata mula mengalir perlahan.

Keadaan menjadi lebih menyentuh hati apabila anak perempuannya sempat mengelapkan air mata si bapa di bahagian pipi sebelum si ayah bangun semula untuk ke tempat duduk sebagai wali.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan yang digelar sebagai Angah menyatakan bapanya sebagai lelaki pertama yang berada dalam hatinya.

Orang Ramai Sebak Lihat Detik Menyentuh Hati Antara Bapa Dan Anak Perempuan

Rata-rata masyarakat yang menonton video berkenaan turut meluahkan rasa sebak setiap kali melihat detik-detik melibatkan bapa dan anak perempuan mereka.

“Lemah la aku benda macam ni. Confirm sebaldi nanti,” kata seorang pengguna X.

Ada juga pengguna media sosial yang berpendapat momen sebak itu bukan sahaja berlaku semasa mahu melepaskan si puteri kepada lelaki lain, tetapi ia berlaku sepanjang kehidupan.

“Bukan sahaja saat melepaskan pada lelaki lain, bila berjauhan untuk dia mengejar cita-cita pun hiba, terutama bila hantar dia ke kolej sampai hilang dari pandangan,” luah seorang pengguna media sosial.

Sementara itu, sesetengah individu pula meluahkan rasa sedih kerana tidak mempunyai rezeki untuk dinikahkan oleh ayah mereka kerana si bapa sudah dijemput Ilahi.

Orang ramai sebak lihat detik menyentuh hati bapa minta izin nikahkan anak perempuan

Percayalah, segarang mana pun ayah anda, pasti akan ada sekelumit rasa sebak semasa mereka mahu menikahkan anak perempuan dan melepaskan si puteri yang dijaga sejak bayi kepada lelaki lain.

Dalam kegembiraan untuk bergelar isteri, pastinya setiap wanita akan berasa sebak juga kerana tidak lagi menjadi tanggungan ayah mereka.

Momen semasa nikah adalah satu saat yang akan paling diingati buat ahli keluarga.

Baca Juga:
Lelaki luah perasaan dedah terpaksa buat ‘loan’ kerana teman wanita minta beli kereta honda, iPhone 15 Pro
Aksi Afifah Nasir menari Bollywood buat netizen gelihati, ingatkan skirt terlondeh…rupa-rupanya..
Tak puas hati kena tegur kerana bawa motor lawan arus, rider tengking pemandu kereta
CATEGORIES