Orang ramai halang laluan jalan raya iringi 2 lelaki berjalan kaki ke Mekah dikecam netizen

Photo of author

By Syima Iza

Orang ramai halang laluan jalan raya iringi 2 lelaki berjalan kaki ke Mekah dikecam netizen.

Baru-baru ini, kisah dua lelaki bernama Bukhari dan Azizul menjadi tular di media sosial apabila mereka memulakan perjalanan untuk menunaikan ibadah Haji bagi tahun 2025 dengan berjalan kaki dari Perak ke Mekah.

Perjalanan Hari Pertama

Orang ramai halang laluan jalan raya iringi 2 lelaki berjalan kaki ke Mekah dikecam netizen

Pada hari pertama pengembaraan mereka, Bukhari dan Azizul berjaya menempuh jarak sejauh kira-kira 38 kilometer, bermula dari Kampung Changkat Lobak hingga ke Parit Buntar, di mana mereka bermalam di salah sebuah masjid.

Menurut Bukhari, perjalanan mereka ke Tanah Suci akan dikongsikan dari semasa ke semasa melalui akaun TikTok, termasuk sesi siaran langsung yang memaparkan pengalaman mereka sepanjang perjalanan.

Orang Ramai Iringi di Jalan Raya

Kesungguhan Bukhari dan Azizul mendapat perhatian dan sokongan ramai rakyat Malaysia. Namun, satu hantaran TikTok oleh pengguna @shamira5525 memaparkan situasi di mana orang ramai mengiringi mereka di sebuah jalan raya, sehingga menghalang laluan kenderaan dan mengganggu lalu lintas.

Beberapa lelaki yang memakai jaket keselamatan dilihat berjalan bersama Bukhari dan Azizul di lorong tengah, sementara lorong kiri dipenuhi penyokong yang hadir memberi sokongan. Akibatnya, kenderaan seperti treler terpaksa dipandu ke lorong kanan.

Hantaran tersebut kemudiannya dipadam oleh pemilik akaun TikTok, namun ia dimuat naik semula di platform X (Twitter), mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Reaksi Orang Ramai: Gangguan Laluan Jalan Raya

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kurang senang terhadap gangguan tersebut. Netizen berpendapat bahawa Bukhari, Azizul, dan para penyokong mereka tidak sepatutnya menyalahgunakan jalan raya yang merupakan hak orang awam.

“Kita hidup bermasyarakat, cuba jangan menyusahkan orang lain. Jalan raya itu hak awam, ramai pengguna lain. Keselamatan semua pihak wajib dijaga,” komen seorang pengguna.

Ramai juga mengingatkan bahawa niat untuk melakukan kebaikan tidak seharusnya menjadi alasan untuk menyusahkan pihak lain.

“Nabi SAW tidak pernah menggalakkan kita menyusahkan orang lain demi melaksanakan ibadah,” ujar seorang pengguna X.

Orang ramai halang laluan jalan raya iringi 2 lelaki berjalan kaki ke Mekah dikecam netizen Orang ramai halang laluan jalan raya iringi 2 lelaki berjalan kaki ke Mekah dikecam netizen Orang ramai halang laluan jalan raya iringi 2 lelaki berjalan kaki ke Mekah dikecam netizen

Tindakan berjalan di lorong tengah jalan raya turut dianggap berbahaya dan boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

“Bahaya buat macam ni. Kalau berlaku apa-apa, orang lain pula yang dipersalahkan,” kata seorang wanita.

Keutamaan Memudahkan Urusan Orang Lain

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Nabi Muhammad SAW mengingatkan umat Islam untuk sentiasa memudahkan urusan orang lain, menjaga keselamatan, dan saling membantu sesama manusia.

Sabda Baginda SAW:

“Siapa yang memudaratkan (orang lain), Allah akan memudaratkannya, dan siapa yang menyusahkan (urusan orang lain), Allah akan menyusahkan urusannya.”

[Riwayat al-Tirmizi]

Oleh itu, dalam apa jua niat baik, umat Islam perlu memastikan ia dilakukan dengan penuh berhemah dan tidak mengganggu hak orang lain. Setiap kebaikan mahupun kejahatan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT.

Baca Juga:
‘Demi content’ wanita main banjir nyaris lemas
Warganet dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 guna kertas putih nak tunjuk duit berkepuk?
Jenazah mualaf ditahan 24 jam kerana suami tak mampu bayar RM1900?