Orang ramai gempar buaya gergasi berkeliaran di tengah jalan

Orang ramai gempar buaya gergasi berkeliaran di tengah jalan

Seekor buaya gergasi dirakam berkeliaran di sebatang jalan pada waktu malam di daerah Ratnagiri, India, lapor laman berita Wion News semalam.

Seorang lelaki yang memandu beca bermotor merakam pergerakan buaya tersebut menggunakan kamera telefon bimbit.

Menurut orang ramai, mereka melihat kelibat reptilia sepanjang 2.43 meter itu berjalan melalui kawasan Chiplun selepas hujan turun.

Orang ramai gempar buaya gergasi berkeliaran di tengah jalan

Hujan lebat melanda kawasan pantai Ratnagiri, menyebabkan ramai penduduk mengesyaki bahawa buaya itu mendiami sebatang sungai berdekatan.

Sungai Shiva sememangnya terkenal sebagai habitat buaya.

Baca Juga:
Tular warga emas berborak dengan kucing kesayangan buat ramai terhibur
Suspek kelar leher lelaki OKU dengan pisau lipat ditahan polis
Boikot gagal, 85,000 tiket konsert Bruno Mars yang akan berlangsung di SNBJ ‘Sold out’
CATEGORIES