Orang ramai diseru jangan tangkap, beli ikan parrotfish

Photo of author

By Syima Iza

Orang ramai diseru jangan tangkap, beli ikan parrotfish.

Orang ramai diseru untuk menghentikan pembelian, penangkapan, dan pengambilan ikan ketarap (parrotfish).

Menurut Pertanian Satu Perniagaan dalam satu hantaran di Facebook, parrotfish memiliki mulut yang khas, lengkap dengan gigi yang sesuai untuk memakan rumpai laut dan parasit yang tumbuh pada batu karang hidup.

Orang ramai diseru jangan tangkap, beli ikan parrotfish

“Rumpai laut adalah antara penyebab utama kematian batu karang kerana ia akan bersaing dengan zooxanthellae yang hidup di batu karang untuk mendapatkan cahaya matahari.
“Jika rumpai ini tidak dimakan oleh ikan parrotfish, maka batu karang akan mati. Kematian batu karang akan merosakkan ekosistem karang dan seterusnya boleh menjejaskan ekosistem laut itu sendiri,” katanya.

Selain itu, ikan tersebut membantu mengurangkan hakisan pasir di pantai melalui pembuangan sisa makanan mereka yang berbentuk pasir.

Seekor parrotfish mampu menghasilkan hingga 100 kilogram pasir setahun, memberikan sumbangan signifikan kepada ekosistem pesisir pantai.

Pertanian Satu Perniagaan turut menyeru pelbagai pihak, khususnya nelayan, untuk tidak lagi menangkap parrotfish, sebaliknya memberi peluang kepada ikan ini untuk terus berperanan dalam ekosistem terumbu karang.

“Banyak lagi ikan di luar sana, tolong biarkan ikan comel ini hidup di terumbu karang. Terumbu karang memerlukan mereka untuk terus hidup dan berkembang demi ekosistem laut yang sihat,” tegasnya.

Baca Lagi:
Sebenarnya manusia tak boleh hidup tanpa semut, ini 5 peranan besar semut terhadap manusia
Salesman pening kepala pelanggan nak beli kereta Honda FL1 minta diskaun sampai RM63,000
Rupanya ini rahsia Sofia Jane nampak muda di usia 52 tahun