Orang ramai bersorak buaya tembaga seberat 400kg akhirnya ditangkap

Photo of author

By Syima Iza

Orang ramai bersorak buaya tembaga seberat 400kg akhirnya ditangkap.

Buaya tembaga yang menimbulkan kebimbangan penduduk di Klebang sejak beberapa bulan lalu akhirnya berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Sungai Malim, Pulau Gadong pada malam Rabu.

Pengarahnya, Petra Sulai berkata, pihaknya mengambil masa lebih dua jam untuk membawa naik reptilia jantan seberat 400 kilogram (kg) dan sepanjang 430 sentimeter (cm) itu ke atas darat.

Orang ramai bersorak buaya tembaga seberat 400kg akhirnya ditangkap

Menurutnya, operasi tangkapan yang bermula pada jam 6 petang sebelum berakhir pada jam 12 tengah malam menggunakan kaedah tanjur serta dibantu kakitangan yang lebih 30 tahun berpengalaman dalam menangkap buaya.

“Ini merupakan buaya keempat yang ditangkap pada tahun ini di lokasi yang sama dan merupakan reptilia terbesar pernah kita tangkap pada tahun 2024.

“Kita juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya ternampak reptilia itu seperti di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.

Sejak malam Rabu, beberapa video ketika operasi membawa naik buaya ke darat tular di media sosial dan orang ramai yang menyaksikannya memuji kecekapan anggota Perhilitan yang berjaya menangkap reptilia yang dianggap saiz dan panjangnya seperti sebuah van.

Sinar Harian pada 15 Mei lalu melaporkan lebih 2,500 penduduk yang mendiami sepanjang Sungai Malim di sini, termasuk Pulau Gadong melahirkan kebimbangan dengan kehadiran lima ekor buaya di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu.

Ia selepas seekor buaya dipercayai membaham kambing betina milik penduduk ketika haiwan itu sedang meragut rumput di tepi sungai berkenaan.

Pada bulan lalu, Perhilitan Melaka juga berjaya menangkap seekor buaya tembaga jantan sepanjang 313 sentimeter (cm) di lokasi sama.

Difahamkan, reptilia seberat 200 kilogram (kg) itu bukanlah buaya yang diburu kerana membaham beberapa ekor kambing di Kampung Tengah, Klebang pada Mei lalu.

@radzuanhassanBuaya Tembaga 400 kg baham kambing akhirnya tewas Reza A Hamid MELAKA – Ratusan penduduk dan pengguna jalan raya di Jalan Klebang di sini ibarat ‘berpesta’ menyaksikan pihak berkuasa menangkap seekor buaya tembaga seberat 400 kilogram (kg) di Sungai Malim dekat Kampung Tengah di sini tengah malam tadi. Buaya jantan sepanjang 4.3 meter itu dijerut oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kira-kira pukul 10 malam sebelum berjaya dinaikkan dua jam selepas itu. Penangkapan buaya tembaga terbesar selepas tiga spesies sama ditangkap sebelum ini melegakan penduduk kerana reptilia itu dipercayai telah membaham beberapa ekor kambing beberapa bulan lalu. Pengarah Perhilitan negeri, Petra Sulai berkata, 12 anggotanya mengambil masa lebih dua jam untuk membawa naik buaya sepanjang 4.3 meter itu ke darat. “Operasi tangkapan bermula jam 6 petang sebelum berakhir 12 tengah malam tadi menggunakan kaedah tanjur serta dibantu 12 kakitangan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam penangkapan buaya. “Ini merupakan buaya keempat ditangkap di lokasi sama dengan anggaran berat 400 kg menjadikannya yang terbesar pada tahun ini berbanding tiga lagi separuh dari saiz ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mengulas lanjut, Petra berkata buaya tersebut dipercayai adalah sang bedal yang diburu sejak Mei lalu selepas membaham tiga ekor kambing milik penternak di Kampung Tengah. “Reptilia itu telah dihantar ke kawasan konservasi di lokasi sementara malam tadi untuk pemeriksaan kesihatan,” jelasnya. Sejak malam tadi, tular beberapa video dan gambar ketika operasi membawa naik buaya jantan itu ke darat. Orang ramai turut memuji kecekapan anggota Perhilitan yang berjaya menangkap reptilia yang dianggap saiz dan panjangnya seperti sebuah bas mini. Pada 15 Mei lalu, lebih 2,500 penduduk yang mendiami kampung sepanjang Sungai Malim di sini, termasuk Pulau Gadong menyuarakan kebimbangan dengan kehadiran lima ekor buaya di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu. Ia selepas seekor buaya dipercayai membaham kambing betina milik penduduk ketika haiwan itu sedang meragut rumput di tepi sungai berkenaan. – MalaysiaGazette

♬ original sound – Apot

Baca Lagi:
PLKN 3.0: Ini jumlah elaun yang bakal peserta dapat untuk sehari
Jika tinggal di Lembah Kelang, berbelanja RM22 sudah cukup untuk makan sehari
KKM sahkan Tok Mat akan dikompaun, ini jumlah yang perlu dibayar