Orang Korea jual ‘Lemang Instant’ selamba campak dalam api buat netizen terkejut

Photo of author

By Syima Iza

Lemang menjadi satu makanan ‘wajib’ apabila tiba waktu perayaan. Hanya mereka yang berkepakaran sahaja yang boleh memasak lemang dengan betul dan sedap. Jika ada lemang segera, ia akan lebih memudahkan orang ramai.

Kebetulan Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha, satu akaun TikTok @campingformania dari Korea telah memuat naik video produk ‘lemang segera’ yang telah mendapat perhatian pengguna TikTok Malaysia.

Berbeza dengan lemang di Malaysia, lemang segera itu bersaiz lebih kecil untuk mudah dibawa ke mana-mana, dengan panjang standard 24 cm dan diameter 3 cm.

Orang Korea jual ‘Lemang Instant’ selamba campak dalam api buat netizen terkejut

Dalam satu pek terdapat dua batang ‘Bamboo Steamed Rice’, nama komersial yang digunakan di sana. Menurut akaun TikTok itu, lemang segera tersebut diperbuat daripada santan, pulut, dan garam.

Sementara batang buluh pula didakwa menggunakan buluh istimewa berusia lebih 50 tahun dari tanah tinggi Vietnam.

Tiada daun pisang atau daun lerek digunakan seperti di Malaysia untuk mengelak isi lemang melekat pada batang buluh.

Menerusi satu laman web jualan di Korea, didapati dua pek lemang segera itu dijual pada harga 19,800 won (RM67.32), namun dengan diskaun 25%, harganya cumalah 14,800 won (RM50.32) sahaja.

@campingformania 🔥인기폭발🔥신박한 캠핑메뉴 대나무통밥🎍⠀⠀ 윤기 촤륵✨ 쫀득쫀득✨⠀⠀ 🥥코코넛밀크 + 찹쌀 + 소금 + 대나무 조합⠀⠀ 장작불 3~5분 or 전자레인지 3분30초 ⠀⠀ ✔️공구연장 6월16일(일) 자정종료됩니다.⠀ ⠀⠀ @@ 막차타러 같이 가보자 ㄱㄱㄱ 😎@@⠀⠀ ⠀⠀ 🎁캠미 공구 특별혜택🎁⠀⠀ 대나무통밥 구매시 딸기청을 드려요!⠀⠀ (한정된수량으로 조기 품절될 수 있음)⠀⠀ ⠀⠀ ✳️코코넛밀크 + 찹쌀 + 소금 + 대나무 조합⠀⠀ ✳️장작불 3~5분 / 전자레인지 3분30초 ⠀⠀ ✳️베트남 고산지 50년산 죽통 사용⠀⠀ ✳️다 먹은 후 장작으로 사용⠀⠀ ✳️쫀득하고 은은한 단맛으로 자꾸 손이가는 매력⠀⠀ ✳️인체의 화와 열을 식히는 역할과⠀⠀ 기력을 보강하는데 도움이 됨⠀⠀ ⠀⠀ ⠀⠀ 🔸그릴&화로 ⠀⠀ 1. 화로나 그릴에 3~5분 넣어주세요⠀⠀ 2. 대나무통밥을 세워놓고 상단부 중앙을 가볍게 칼로 반을 가른뒤 드시면 끝!⠀⠀ ⠀⠀ 🔸전자레인지⠀⠀ 1. 전자레인지 3분 30초 돌려주세요⠀⠀ 2. 대나무통밥을 세워놓고 상단부 중앙을 가볍게 칼로 반을 가른뒤 드시면 끝!⠀⠀ ⠀⠀ 〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓⠀⠀ ⠀⠀ 🏷삼열이네 대나무통밥 ⠀⠀ ⠀⠀ 📍공구기간: 6월10일(월) ~ 6월16일(야)까지⠀⠀ 📍냉동보관 가능⠀⠀ 📍옵션 (1개당 170g) ⠀⠀ [맛보기] 대나무통밥 2세트 (*4개입)⠀⠀ 딸기청 100g 1개 증정⠀⠀ ⠀⠀ [캠핑러버] 대나무통밥 4세트 (*8개입)⠀⠀ 딸기청 100g 1개 증정⠀⠀ ⠀⠀ [캠핑매니아] 대나무통밥 10세트 (*20개입)⠀⠀ 딸기청 100g 2개 증정⠀⠀ ⠀⠀ [대용량] 대나무통밥 15세트 (*30개입)⠀⠀ 딸기청 100g 2개 증정 ⠀⠀ ⠀⠀ 📍구매 방법: 캠핑에미치다 프로필 상단 링크⠀⠀ ⠀⠀ 〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓⠀⠀ ⠀⠀ ⠀⠀ #캠핑용품 #캠핑 #캠핑에미치다 #캠핑요리 #캠핑메뉴 ♬ ハミング – 幾田りら

Lemang itu turut dijual sehingga 15 pek dengan harga kombo 92,500 won (RM314.48).

Orang Korea jual ‘Lemang Instant’ selamba campak dalam api buat netizen terkejut

Jika di sini lemang dimakan bersama rendang, kari, atau serunding, di Korea mereka menikmatinya bersama kuah pedas, daging gril panggang, atau ayam panggang.

Orang Korea jual ‘Lemang Instant’ selamba campak dalam api buat netizen terkejut

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen Malaysia, ramai berasa kagum melihat kreativiti orang Korea berinovasi membuat lemang segera berserta batang buluh.

Jika di Malaysia, lemang instant itu tiada batang buluh, hanya dijual isinya sahaja seperti yang banyak dijual di sini.

Pada masa sama, netizen agak terkejut apabila melihat cara penyediaan lemang segera itu. Di dalam video lemang tersebut dicampak sahaja ke dalam api yang sedang membara.

Orang Korea jual ‘Lemang Instant’ selamba campak dalam api buat netizen terkejut

Sedangkan di Malaysia, penjagaan api sangat teliti dan rapi untuk memastikan isi di dalam batang buluh masak dengan baik, serta tidak rentung terbakar.

Difahamkan lemang itu cuma mengambil masa 3 minit hingga 5 minit untuk dibakar. Atau 3 minit 30 saat sekiranya mengunakan microwave.

Baca Juga:
Gadis cantik lulusan ‘Master’ sanggup balik kampung jadi penternak lembu dan kambing 
Perempuan gatal cuba sondol suami di ofis akhirnya terbongkar
Wanita terakam kaki manusia terjuntai di tepi tingkap jadi tanda tanya