Orang ke-10 terkaya di dunia derma RM25 bilion

Orang ke-10 terkaya di dunia derma RM25 bilion

Bilionair Amerika Syarikat (AS) Warren Buffett menderma AS$5.3 bilion (kira-kira RM25 bilion) lagi saham Berkshire Hathaway kepada Yayasan Bill & Melinda Gates dan empat badan amal keluarganya, menjadikannya sumbangan tahunan terbesarnya sejak 2006.

Derma Buffett yang berusia 83 tahun itu meningkatkan keseluruhan pemberiannya kepada kira-kira AS$57 bilion (kira-kira RM269 bilion).

Derma terbaru, yang diumumkan pada 28 Jun lalu, termasuk kira-kira 13 juta saham Kelas B Berkshire Hathaway.

Orang ke-10 terkaya di dunia derma RM25 bilion

Buffett menderma 9.93 juta saham kepada Yayasan Bill & Melinda Gates, dan secara keseluruhan telah menderma lebih AS$43 bilion (kira-kira RM203 bilion) saham Berkshire Hathaway kepada badan amal tersebut. Dia juga menyumbangkan 993,035 saham syarikat itu kepada Yayasan Susan Thompson Buffett, badan amal yang dinamakan sempena nama mendiang isteri pertamanya.

Selain itu, beliau juga menderma 695,122 saham kepada setiap tiga badan amal yang diketuai oleh anaknya Howard, Susan, dan Peter, iaitu Yayasan Howard G Buffett, Yayasan Sherwood, dan NoVo Foundation.

Buffett merancang untuk memberikan lebih 99 peratus daripada kekayaannya di Berkshire Hathaway, yang berpangkalan di Omaha, Nebraska, dan sudah dikendalikannya sejak 1965, dengan anak-anaknya berkhidmat sebagai pelaksana wasiatnya.

Berkshire Hathaway adalah konglomerat dengan kekayaan AS$880 bilion (kira-kira RM3.8 trilion) dan memiliki puluhan perniagaan termasuk insurans kereta api BNSF dan Geico, serta saham seperti Apple.

Buffett masih memiliki 14.5 peratus saham terkumpul dalam Berkshire Hathaway, walaupun telah mendermakan lebih separuh daripada sahamnya sejak 2006.

Menurut majalah Forbes, kekayaan Buffett berjumlah AS$128.4 bilion (kira-kira RM606 bilion), menjadikannya orang ke-10 terkaya di dunia.

Baca Juga:
Warga emas rentung dalam Lamborghini, kemalangan di Lebuh Raya Karak
Ketam gergasi mampu petik, kupas buah kelapa punyai penyepit boleh putuskan jari manusia
Tular dakwaan belindan kubur dialih, batu nisan dicabut demi pertandingan, imam tampil beri penjelasan
CATEGORIES