Orang Islam boleh ke pakai topi & baju santa claus? Ini jawapan dari Dr. Kamilin

Photo of author

By Syima Iza

Orang Islam boleh ke pakai topi & baju santa claus? Ini jawapan dari Dr. Kamilin.

Orang Islam dilarang memakai topi atau baju Santa Claus kerana ia merupakan pakaian simbolik kepada agama lain, yang melibatkan isu akidah.

Pendakwah bebas, Dr. Kamilin Jamilin, menjelaskan bahawa ketegasan ini bukanlah bermaksud agama Islam tidak bertoleransi terhadap penganut agama lain.

Orang Islam boleh ke pakai topi & baju santa claus? Ini jawapan dari Dr. Kamilin

“Jangan salah faham, Islam adalah agama yang toleransi dan harmoni, cuma ada hal tertentu dalam bab akidah yang Islam sangat titikberatkan.
“Sebagai contoh, Islam tidak membenarkan umatnya memakai pakaian yang simbolik kepada agama lain. Namun, memakai pakaian adat atau tradisi mana-mana bangsa adalah dibolehkan kerana Islam tidak membezakan bangsa.

“Tetapi, dalam hal agama, Islam lebih berhati-hati kerana tidak mahu umatnya menyerupai simbol agama lain,”** jelasnya dalam satu hantaran video di media sosial.

Cara Mengenali Pakaian Simbolik Agama Lain

Dr. Kamilin turut menjelaskan cara mengenal pasti pakaian yang dianggap simbolik kepada agama lain.

**“Bagaimana kita tahu pakaian itu simbolik agama lain? Antaranya, kita boleh lihat pakaian tersebut hanya dipakai oleh penganut agama tertentu ketika perayaan keagamaan mereka.

“Contohnya, pakaian Santa Claus sangat sinonim dengan Krismas dan kepercayaan penganut Kristian. Kita jarang melihat mereka memakai pakaian itu setiap hari, tetapi pakaian tersebut digayakan pada musim Krismas, setahun sekali, di penghujung tahun,”** katanya.

Pandangan Islam Mengenai Larangan Ini

Menurut beliau, terdapat hadis-hadis Nabi Muhammad SAW yang melarang umat Islam daripada memakai pakaian yang menyerupai agama lain.

**“Ini menunjukkan bagaimana Nabi sangat menjaga akidah umat Islam. Jangan anggap perkara ini remeh dengan mengatakan, ‘tidak ada apa-apa’, ‘niat saya baik’, ‘saya tidak berniat tukar agama’, atau ‘akidah saya tetap utuh’.

“Dalam isu akidah, Nabi mengajarkan konsep sadd adz-dzari’ah, iaitu menghalang perkara buruk daripada berlaku. Jika ada sesuatu yang boleh membawa kepada perkara yang buruk, Islam menyuruh kita memotongnya awal-awal sebelum terjebak lebih jauh,”** katanya.

Dr. Kamilin juga menegaskan bahawa larangan ini bukan bermaksud Islam tidak toleransi atau ekstrem.

“Jangan salah faham, anggap pandangan ini ekstrem atau Islam tidak bertoleransi. Islam menggalakkan umatnya melakukan kebaikan kepada penganut agama lain dengan banyak cara lain,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa Nabi Muhammad SAW telah memberikan contoh terbaik dalam menunjukkan toleransi kepada masyarakat bukan Islam. Namun, dalam hal akidah, umat Islam perlu sentiasa peka dan menjaga batas-batasnya.

Baca Juga:
Pelajar perempuan tingkatan 3 kantoi skandal dengan kawan mak ayah, siap tawar gambar bog*l asalkan dapat phone baru & duit belanja
Ramai netizen tidak mahu melancong ke Indonesia gara-gara kes kena ‘Pau’ cecah RM9 juta
Lelaki kongsi teknik ‘Sunat’ pokok supaya berbuah lebat