Orang Cina Malaysia halau pelancong biadab dari China kerana potong barisan

Photo of author

By Syima Iza

Viral Potong Barisan, Orang Cina Malaysia Halau Pelancong Biadab Balik China

Tular sekumpulan orang Cina Malaysia memaksa pelancong biadab dari China tanah besar (PRC) untuk pulang ke negara asal kerana mereka memotong barisan di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh @ShamaaKoussa, satu video telah dimuat naik yang memperlihatkan orang sedang beratur di hadapan sebuah kedai menjual figura.

Orang Cina Malaysia halau pelancong biadab dari China kerana potong barisan

Dalam video tersebut, beberapa warga Cina tempatan kelihatan sedang membuat aduan kepada pekerja di kedai tersebut tentang lelaki PRC yang memotong barisan.

Tindakan warga Cina tempatan itu membuatkan lelaki PRC tersebut marah lalu menjerit kepada orang-orang yang sedang beratur.

Lelaki PRC itu akhirnya memutuskan untuk meninggalkan kedai tersebut setelah dihalau secara beramai-ramai oleh warga Cina Tempatan.

Mengenai respons di ruangan komen, kebanyakan netizen Malaysia memberi pujian terhadap tindakan warga Cina tempatan yang menghalau lelaki PRC tersebut.

Orang Cina Malaysia halau pelancong biadab dari China kerana potong barisan Orang Cina Malaysia halau pelancong biadab dari China kerana potong barisan

Baca Juga:
Warga emas cekik isteri di katil hospital kerana tak mampu bayar kos perubatan
Kena ada gaji RM9,000 baru boleh kahwin, respon wanita ini buat netizen terkedu
“Jangan guna lagi botol berisi air merah”- Ini 5 tumbuhan yang berkesan halau kucing datang rumah