Orang Asli kongsi petua masuk hutan yang ramai orang tak tahu, no.5 ramai yang salah buat selama ini.
Aktiviti perkhemahan di dalam hutan semakin popular, khususnya dalam kalangan golongan muda. Namun, tidak semua orang mempunyai pengetahuan mencukupi tentang keselamatan dan situasi berisiko seperti terserempak dengan haiwan berbisa atau makhluk halus.
Berikut adalah beberapa petua berguna yang dikongsi secara meluas di laman Facebook:
1. Ular Tedung
- Jika terserempak dengan ular, elakkan membuat gerakan mengejut. Sebaliknya, berhenti dan berundur perlahan-lahan.
- Ular tedung biasanya tidak mematuk apabila kepalanya sedang kembang penuh, tetapi berpotensi menyerang ketika kepalanya kembang separuh.
- Gunakan ranting kayu untuk ‘acah-cah’ sehingga kepala ular kembang penuh, kemudian undur perlahan-lahan.
- Petua ini diambil daripada masyarakat Orang Asli.
2. Harimau
- Dalam hutan, kehadiran bunyi unggas dan serangga adalah biasa. Namun, jika suasana bertukar sunyi secara tiba-tiba disertai bau hamis, ia mungkin tanda kehadiran harimau atau beruang.
- Mengikut petua Orang Asli, bakar mercun bola untuk menakutkan haiwan tersebut.
3. Beruang Madu
- Beruang madu sering ditemui di kawasan hutan paya. Jika bertemu dengannya, anda disarankan menjerit dan membuat aksi seolah-olah mahu mengejar.
- Petua ini dipercayai berkesan untuk menakutkan dan menghalau beruang madu.
4. Pengurusan Makanan
- Makanan seperti ikan atau ayam bakar yang dimasak perlu dihabiskan. Jika tidak, tanam sisa makanan tersebut atau hanyutkan ke dalam air.
- Makanan yang tertinggal boleh menarik perhatian haiwan seperti beruang, kera, dan gajah.
5. Memasak Air
- Untuk memasak air, elakkan mengambil air dari tepi sungai.
- Sebaliknya, ambil air dari kawasan tengah sungai atau tempat air mengalir laju bagi mengurangkan risiko penyakit. Ini kerana haiwan seperti tikus sering kencing di kawasan tepi sungai.
Petua-petua ini diambil daripada pengalaman masyarakat Orang Asli yang sudah lama mengamalkan hidup harmoni dengan alam sekitar. Semoga ia bermanfaat untuk memastikan keselamatan dan kelangsungan anda semasa berada di dalam hutan.