Opah guna ‘dron’ pantau kebun durian buat orang ramai kagum

Opah guna ‘dron’ pantau kebun durian buat orang ramai kagum

Penggunaan dron dalam bidang pertanian semakin mendapat tempat dalam kalangan petani, pesawah, pekebun, dan pemilik ladang di Malaysia kerana ia memudahkan kerja menyembur racun, baja, dan benih pokok serta buah-buahan.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang mahir dalam mengendalikan teknologi tinggi ini. Namun, seorang opah mampu menggunakan dron untuk memantau durian di kebunnya.

Gelagat opah memegang dron itu telah dikongsikan di TikTok oleh sitimuzainahmarju, dan video tersebut telah meraih lebih 573K tontonan daripada pengguna TikTok.

Opah guna 'dron' pantau kebun durian buat orang ramai kagum

Dalam video yang berdurasi selama 30 saat itu, opah mengatakan dia menggunakan dron untuk pengurusan data kebunnya kerana menurutnya, dunia kini sudah moden.

@sitimuzainahmarju Opah guna dron cek durian..ingat org muda je pandai guna kan#durianperakudohluroh#peminattegardurian#fypシ ♬ original sound – Mawar mewangi

Opah juga turut mempromosikan pelbagai jenis durian yang ada di kebunnya seperti durian kunyit, durian paduka, dan durian kucing tidur.

Rata-rata warganet kagum dengan kebolehan opah menggunakan dron dan ternyata usia bukanlah penghalang.

Baca Juga:
Tapak tangan misteri muncul di cermin solek – ‘Netizen menggigil selepas tonton video’
Padah goda isteri orang, lelaki pulang dari outstation ‘sabit’ jiran hingga mati
Faisal Halim buat ‘kejutan’ datang ke bilik persalinan cetus emosi, inspirasi luar biasa pemain Selangor
CATEGORIES