OKU melambung 3 meter dirempuh kereta potong tak lepas

OKU melambung 3 meter dirempuh kereta potong tak lepas

Mengerikan apabila seorang lelaki melambung sebelum menemui ajal dalam parit selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta yang memotong di Batu 21, Jalan Muar-Parit Sulong, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai jam 7 pagi menyebabkan mangsa, Mohd Riduan Abdullah, 58, yang juga orang kurang upaya (OKU) maut di lokasi akibat parah di kepala dan badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios dari arah Muar menghala ke Parit Sulong cuba memotong.

OKU melambung 3 meter dirempuh kereta potong tak lepas

Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu lelaki berusia 24 tahun memotong kenderaan lain di hadapannya namun gagal lalu bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.

“Kebetulan mangsa menunggang motosikal datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu bertembung dengan kenderaan terbabit.

Selepas pertembungan itu, mangsa tercampak manakala motosikal dan kereta terbabas ke parit berdekatan.

“Mangsa cedera parah di dada dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa beralamat di Merlimau, Melaka kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.

“Pemandu kereta Toyota Vios beralamat di Muar hanya cedera ringan di kepala dan kaki. Ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah.

“Orang ramai mempunyai maklumat diminta berhubung dengan balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.” katanya.

Baca Juga:
“Jala saya hancur dibuatnya” – Ikan tapah gergasi berjaya ditangkap nelayan
Bau kucing dari rumah, termasuk bau hancing dan bulu kucing boleh hilang dengan guna 7 cara ini!
Tak sampai 3 bulan beroperasi, Restoran UAH milik Ustazah Asma’ Harun terpaksa di tutup, rugi RM30,000 setiap sebulan
CATEGORIES