Objek tidak dikenali didakwa UFO ganggu penerbangan di Taiwan

Photo of author

By Syima Iza

Objek tidak dikenali didakwa UFO ganggu penerbangan di Taiwan. Objek terbang tidak dikenal pasti (UFO) dilaporkan mengganggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taiwan sehingga menjejaskan lebih 1,000 penumpang pada pagi Isnin, menurut pengendali lapangan terbang itu.

Penampakan UFO itu adalah yang kedua dilapor dalam tempoh 48 jam selepas sekurang-kurangnya 18 penerbangan digantung berikutan penampakan objek tidak dikenali yang didakwa dikesan oleh radar pesawat penumpang di tenggara Turkiye.

Bernama memetik laporan Agensi Berita Pusat (CNA) melaporkan operasi penerbangan masuk dan keluar di Taiwan Taoyuan International Airport Co. (TIAC) dihentikan selepas objek itu dikesan oleh juruterbang China Airlines.

Objek tidak dikenali didakwa UFO ganggu penerbangan di Taiwan

Penutupan berlangsung selama kira-kira 40 minit dan trafik udara disambung semula pada kira-kira 10.10 pagi, menurut TIAC.

Penutupan landasan itu turut menjejaskan tujuh penerbangan.

Dua penerbangan lain, CX488 Cathay Pacific dan MF887 Xiamen Airlines yang dijadual mendarat, diarahkan ke Lapangan Terbang Kaohsiung yang menjejaskan 280 penumpang, kata TIAC.

TIAC berkata pihak berkuasa lapangan terbang tidak dapat mengenal pasti objek terbang itu kerana ia hanya dilihat oleh seorang juruterbang, namun mereka tidak menolak kemungkinan objek itu adalah dron.

Mereka yang terbabit dalam aktiviti dron tanpa kebenaran di kawasan larangan di lapangan terbang boleh didenda antara NT$300,000 (AS$9,780) hingga NT$1.5 juta, menurut TIAC memetik Akta Penerbangan Awam.

Dua hari lalu, dilaporkan sekurang-kurangnya 18 penerbangan digantung selama 12 jam susulan penampakan UFO yang didakwa dikesan oleh radar pesawat penumpang di tenggara Turkiye pada Sabtu, lapor Anadolu.

Radar sebuah pesawat yang tiba di lapangan terbang pada tengah malam mengesan objek tidak dikenal pasti itu pada 2743.2 meter (9,000 kaki) di bandar Gaziantep, kata pihak berkuasa.

Baca Lagi:
Kenapa orang zaman dulu suka bela ikan puyu dalam rumah? Ini alasannya
Ini kisah seram yang dikongsi oleh para pendaki gunung Everest
Kongsi foto berkemban, Sharifah Sakinah selar netizen komen lucah melampau